WONG MP SANDAKAN TINJAU PASAR TANAH MERAH DAN PASAR KIM FUNG.... The Sabah Insider Online

OLEH: SHAIMON S JUMADI
Monday 14 November 2016

WONG...Sedang mendengar aduan daripada penjaja mengenai masalah yang mereka hadapi.
SANDAKAN: (Monday)   Jawatankuasa Pusat Khidmat Rakyat  yang dikelolahkan Parlimen Sandakan  (DAP) telah mengadakan program Walkabout (Turun Padang) bagi membuat tinjauan  ke dua pasar iaitu Pasar Tanah Merah dan Pasar Kim Fung kelmarin pagi.

 APA KHABAR....Wong bersalam-salaman dengan para penjaja


Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt telah di temani oleh Frankie Poon Pengerusi CLC DAP Tanjung Papat dan Kalwin Chong Pengerusi CLC Karamunting  untuk menemui  para peniaga di kedua-dua pasar berkenaan untuk mendengar luahan  para penjaja dan disamping  menemui rakyat.


Wong berkata sebagai Ahli Parlimen Sandakan ini sudah menjadi tanggungjwab  wakil rakyat untuk turun padang untuk menemui rakyat agar segala permasaahan rakyat dapat diambil  tindakan dan seterusnya diajukan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Berkaitan masalah yang di hadapi oleh para penjaja di kedua-dua pasar tersebut ia akan dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan untuk diambil tindakam segera.




No comments:

Post a Comment