The Sabah Insider Online…..WONG….KENAPA PARA PEMIMPIN PARTI2 KOMPONEN BN TAKUT KEPADA UMNO MEMBUKA MULUT MELARANG GENG BAJU MERAH BUAT KACAU BILAU.



OLEH: SHAIMON S JUMADI
Friday November 18/2016


SANDAKAN:- Tindakan kumpulan Geng Baju Merah yang dipimpin oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunos yang semakin hari semakin ganas melakukan rusuhan kaum di sana sini hingga menimbulkan pergaduhan kenapa tiada seorangpun para pemimpin daripada parti komponen Barisan Nsional (BN) yang berani  membuka mulut untuk menyuarakan  kepada UMNO supaya melarang  untuk menghentikan perbuatan  ganas geng baju merah itu.


Ahli Parlimen Sandakan  (DAP) Stephen Wong Tien Fatt bimbang kerana kegiatan Geng Baju Merah yang melampau itu banyak mengundang kecelekaan kepada orang awam di mana Geng Baju Merah pernah membelasah teruk  seorang anggota polis di Sabak Bernam  dan tiadapun diambil tindakan.

Baru-baru ini satu pergaduhan yang tercetus antara baju kuning dengan baju merah dimana Jamal Yunos kena tumbuk oleh orang yang tidak kenali menyebabkan batang hidungnya berdarah.

Dalam pada itu Jamal menuduh pihak Polis dan orang-orang Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin yang menumbuk muka Jamal.


Wong berkata tuduhan  Jamal terhadap pihak Polis yang menumbuknya ia boleh diambil tindakan undang-undang kerana memfitnah dan menjatuhkan maruah pihak kepolisan tetapi hingga sekarang pihak PDRM hanya berdiam diri saja.


“Yang saya kecewa dan amat kesal kenapa para pemimpin BN tiada yang berani menyuarakan tentang kelakuan jahil Geng Baju Merah yang sering membuat kacau bilau di sana sini seolah-olah MCA-MIC-GERAKAN-PBS-UPKO-LDP dan PBRS menghalalkan dan setuju agar kumpulan Geng Baju Merah meneruskan usahanya dalam melaksanakan kerja-kerja jenayah di Negara ini” tegas Wong dalam satu kenyataan dengan wartawan hari ini.