The Sabah Insider Online......SUNGAI TELUPID SEKITAR TAHUN 90 AN BANYAK RAGUT NYAMA MANUSIA


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Selasa November 29/2016

SUNGAI Telupid mempunyai sejarah misteri yang tersendiri    selain  menghayutkan  beberapa buah kenderaan apabila datang air arah ulu  dan insiden tersebut berlaku  kira-kira 20 tahun lalu.

Walaupun air sungai berkenaan dalam keadaan jernih kebiru-biruan  sedalam hanya 2 hingga 3  kaki  yang banyak tumpukan batu-batu besar   sekali sekala membahayakan  kepada orang ramai yang bermandi-manda disungai tersebut.

Sungai itu memang tidak dinafikan ramai  yang menjadi mangsa mati  lemas walaupun airnya cetek (tuhur) tetapi jika nasib tidak menyebelahi orang-orang yang bermandi-manda dengan sekelip mata seseorang itu mati lemas kenapa mereka boleh mati lemas sebabnya sungai Telupid itu terlalu banyak hantu air (GELAP) .

Yang menjadi mangsa mati lemas itu mereka suka menyelam di dalam sungai berkenaan terus ditarik oleh Gelap itu ke dalam lobang di cela-cela batu besar keesokannya bila hantu air tadi berhasil mengorek biji matanya baru mayat tersebut di bawa dikeluarkan  dari lobang itu.

Mendiang   anak lelaki kepada saudara Kayu Balak Lawrence Tan berumur dalam lingkungan 25 tahun mati lemas di dalam sungai itu ketika mendiang menyelam tidak timbul-timbul keesokan harinya baru dijumpai mayatnya di mana  dua biji matanya telah dikorek oleh hantu air (gelap) kejadian itu berlaku disekitar tahun 1990 an.

Semenjak sungai itu banyak meragut nyawa manusia sekarang jarang-jarang kita lihat ada orang mandi-manda di sungai tersebut tidak semacam keadaan dulu sungai itu bukan saja jadi tumpuan orang ramai mencuci kenderaan bahkan jadi tumpuan orang berkelah di hujung-hujung minggu


Muara Sungai Telupid  mempunyai simpang menuju  arah ke sungai Maliyau terus menuju ke Sungai Nangoh dan Sungai Sapi dan Sungai Beluran yang terkenal timbunan habitat  Buaya pelbagai jenis