The Sabah Insider Online…….SUMBER HASIL BUMI KITA MINYAK-SAWIT DAN BALAK JADI SENJATA ANUGERAH MALAYA


OLEH: SORAYA EGG
Saturday November 26/2016

1. Apakah kita sedar dari 1963 -2016 Sabah penyumbang besar tetapi dapat pulangan yang sedikit baik ekonomi mahupun politik dari persekutuan.

2.Keadaan sekarang telah berbeza. UMNO di Semenanjung berpecah, tindakan yang dimulakan oleh Tun M selamatkan Malaysia dan menggulingkan Najib. Siapa pernah menyangka BN/UMNO di Semenanjung berpecah sebegitu teruk dan Sabah sudah mulai tahap kesedarannya terhadap hak mereka semakin tinggi.

3. Apakah kita akan terlepas lagi peluang keemasan sebegini atau apakah kita kekal sebagai fix deposit untuk kepentingan kestabilan politik di Malaysia Barat yang kecelaruannya kini berada pada tahap gaban dan amat sukar dibetulkan?

4.Saya katakan TIDAK PERLU. Kita mesti FOKUS menuntut HAK KITA dan memajukan diri agar tidak terus bergantung harap kepada mereka. Tuntutan kita perlu diteruskan secara agresif berpaksi empat perkara teras: keselamatan, pendidikan, pembangunan, dan agihan kuasa sebagai asas perjuangan agar seimbang dengan apa yang ada di Malaysia Barat malah kalau boleh lebih baik kerana kita punya pelbagai sumber dan kekuatan.

5.Kita hanya menuntut hak kita, Simpanan deposit kita yang telah digunakan untuk pembangunan di Malaysia Barat semasa era-era pemerintahan sebelumnnya. Tidak salah mengambil hak dan pelaburan kita selama ini beserta keuntungannya sekali.
6.Yang utama jangan lagi kita bercakaran seperti sebelumnya. Kekalkan perpaduan dan keharmonian. Kerana Sabah mempunya potensi besar dan sumber hasil yang banyak anugerah Ilahi yang belum diterokai baik di darat mahu pun di laut.

7.Sabah juga mempunyai perpaduan yang tinggi jika dibandingkan di Malaysia Barat walaupun pelbagai etnik,anak-anak Sabah mempunyai kepakaran, kemahiran, dan kecenderungan yang berbeza. Gunakannya sebagai pertimbangan membangunkan masyarakat di Sabah. InsyaAllah, kita akan kekal bermuafakat.

8.Gunakan kelebihan anugerah Allah kepada negeri kita dengan tanah yang subur dan khazanah di perut bumi tak terkira nilainya sebagai senjata berlindung seandainya kita bersendirian InsyaAllah kita terus hidup makmur.

9.Dengan syarat utama, kita mesti memilih pemimpin yang boleh membawa kemajuan kepada kita secara kolektif, bukannya seseorang yang hanya boleh menjaga kepentingan kita sahaja. Apa yang kita mahukan adalah seorang pemimpin yang kreatif yang boleh membuka peluang yang luas untuk kita berusaha dan mendapatkan rezeki serta menjamin kelestarian anak cucu kita.

10. Terpulanglah kepada kita untuk memilih senang atau susah. Itu hak kita.