The Sabah Insider Online….SAPP-STAR BARUAH UMNO/BN TIDAK BOLEH DIPERCAYAI KADAZAN-MURUT=DUSUN DAN CINA JANGAN TERTIPU LAGI



OLEH: THOMAS SINGGIUK (KK)
Tuesday November 22/2016

 
KEMUNCULAN semula Parti Maju Sabah (SAPP) dan Star  yang menjadi rakan dengan Parti Cina Sabah (PCS)  sebagai  Parti Alliance Sabah hanya mendapat sokongan padu di kalangan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan sedikit masyarakat Cina di Sabah.

SAPP dan Star  merupakan parti tempatan  Sabah pernah mengkhianati para pengundi Sabah pada PRU13 lalu di mana Star dan SAPP adalah ditaja oleh BN/UMNO untuk memecahkan undi hiingga calon-calon daripada parti-parti komponen BN memperoleh kemenangan dengan mejoriti besar.

Sejarah  hitam yang telah dilakukan oleh SAPP dan Star mengkhianati para pengundi  semasa PRU14 lalu sukar dilupai oleh rakyat  tempatan khususnya anak jati Sabah.

Seandainya SAPP dan Star bekerjasama dengan DAP-PKR dan PAS pada masa itu sudah tentu Sabah  sekarang diperintah oleh kerajaaan PAKATAN RAKYAT yang menggabungkan DAP-PKR-PAS-SAPP dan Star sendiri.

Jadi rakyat Sabah berketurunan Dusun-Murut-Kadazan dan Cina jangan  mudah terpedaya dan tipu hela orang dua orang pemimpin parti SAPP dan Star mereka berdua pemimpin hipokrit Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Jeffry Kitingan.

Lihat sahaja kalau pemimpin yang jujur dan ikhlas yang  mempunyai satu tujuan satu matlamat untuk menumbangkan kerajaan BN/UMNO  pada PRU14 nanti kenapa Parti Alliance Sabah  tidak menjemput parti WARISAN yang merupakan parti  tempatan  ini ketara betul parti yang dipimpinan orang Islam tiada tempat dihatinpara pemimpin Parti Alliance Sabah yang merupakan parti perkauman di Sabah hingga menyingkirkan rakan-rakan yang beragama Islam.

Dalam konteks untuk menyokong SAPP dan Star  kaum Kadazan-Murut-Dusun dan Cina harus  berhati-hari dan berwaspada terhadap tingkah laku para pemimpin SAPP-dan Star kerana mereka  adalah baruah dan dalang kepada BN/UMNO untuk memecahkan undi supaya UMNO/BN meraihkan kemenangan besar  entah berapa juta SAPP dan Star mendapat habuan dan ganjaran dari UMNO/BN.