The Sabah Insider Online……PERJUANGAN PARTI BERSATU SABAH (PBS) DITERIMA OLEH SEMUA LAPISAN MASYARAKAT TANPA WARNA KULIT BANGSA DAN AGAMA



DARI MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
Rabu 16 November 2016

SAYA amat  bersyukur kepada Allah terhadap kerajaan Sabah  di bawah pentadbiran Parti Bersatu  Sabah (PBS) yang dipimpin oleh Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan selama  9 tahun benar-benar membela nasib rakyat yang terdiri daripada berbagai golongan tanpa mengira warna kulit agama dan juga bangsa.

Saya ketika itu pada bulan APRIl 1985 saya berada dalam PBS bersama-sama mantan ADUN Elopura Datuk Tham Nyip Shen. Datuk Nahalan  Hj Damsal arwah Murni Kamrun.

Sementara di sebelah Pantai Barat pula DSP Lajim Hj Ukin,  Datuk Nornokman Abdullah,  Datuk Jahid Jahim adalah lagi orang-orang Islam dalam PBS era 1985 yang tak sempat disebut namanya di Tawau iaitu kalau tak silap Suparmin Ngadimim.

Pada awal 1986 baru ramai ahli-ahli  daripada  BERJAYA menyertai PBS.
Sebelum saya mengisi borang permohonan menjadi ahli PBS di kawasan Elopura saya terbaca perlambagaan PBS serta minifestonya.

Antara kandungan perlambagaan dan fenisfesto PBS kalau PBS ditakdirkan jadi pemerintah Negeri sabah Agama Islam juga sebagai  agama resmi negeri dan kedua bahasa Melayu/Bahasa Malaysia tetap jadi bahasa resmi kerajaan dalam semua urusan pentadbiran kerajaan.

 
Tenyata apa bila rakyat memberi mandate kepada PBS pada tahun 1985-1968  jadi kerajaan negeri apa yang tercatat dan terkandung dalam perlembagaan PBS menjadi kenyataan.

Kebajikan Islam betul-betul terpelihara banyak masjid-masjid surau-surau sekolah-sekolah agama Islam didirikan antaranya masjid  daerah Tambunan  satu kebangaan umat Islam di Sabah pusat penganjian Tuinggi Islam dirikan di Keningau.

Walaupun pada mulanya umat Islam ragu-ragu terhadap perjuangan PBS kerana  barisan  AMTnya 80 peratus suku Kadazab-Dusun  tetapi telah menaikan  martabat agama Islam dan bahasa Melayu jadi agama dan bahasa resmi negeri  Sabah.


KEBANGGAAN UMAT ISLAM DAERAH TAMBUNAN MEMPUNYAI MASJID YANG INDAH UNTUK BERIBADAT DI BANGUNKAN SEMASA KERAJAAN PBS.

Hingga ahli-ahli BERJAYA menempelak kerajaan PBS kerajaan Kristian sebab AMTnya banyak yang beragama Kristian tetapi akhirnya tuduhan itu meleset.

Pada masa itu 1986 hingga 1994 saya berada di PBS sebagai Pemaju Mukim N45 Elopura  merangkap jawatankuasa Hal Ehwal Islam PBS Sabah.

Saya hairan kalau benar-benar perjuangan Parti United Alliance (USA) yang bergabung  dengan SAPP-STAR dan PCS kenapa menifestonya telah membelakangi kepentingan umat  Islam dan bahasa Melayu, ini menampkan perjuangan USA setelah   berjaya   membawa Sabah keluar dari Mjalaysia jelas tiada sudah kepentingan umat Islam dan Bahasa Melayu sebagai bahasa resmi  Sabah.

Coba USA mencontohi perjuangan PBS kan lebih baik tentu diterima oleh pelbagai golongan 32 itnik Sabah ini belum apa-apa lagi Cuma angan-angan kosong saja  niat mahu membawa keluar Sabah dari  Malaysia sudah mahu melupai kepentingan masyarakat Islam dan Bahasa Melayu.

Jadi orang-orang Islam mahu letak di mana nanti bagus lagi kerajaan Pulau Pinang walaupun ditadbir oleh DAP 90 peratus bangsa Cina namum kebajikan Islam dan orang-orang melayu tetap juga terpelihara sebab para pemimpin DAP tahu umat Islam negeri China adalah terbesar nombor tiga di dunia jadi kepentingan Islam tetap dijaga.