The Sabah Insider Online.....PARTI WARISAN SABAH (WARISAN) SUKAU DAPAT SAMBUTAN.....PG ROSLAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Rabu November 16/2016


KINABATANGAN:- Tertubuhnya Parti Warisan Sabah (WARISAN) di negeri ini  yang diasaskan oleh Datuk Seri Shafie Apdal dan bersama-sama Darell Leiking Ahli Parlimen Pinampang dan Junks Wong DAP Kota Kinabalu semakin hari semakin  mendapat tempat di hati rakyat Sabah.


Hari demi hari ramai di kalangan ahli-ahli UMNO dari beberapa Bahagian  telah beramai-ramai keluar UMNO kemudian menyertai WARISAN.

Kemerosotan ahli-ahli UMNO di Sabah kian bertambah  kerana yang keluar UMNO bukan sedikit jumlahnya beribu-ribu ahli.

Kenapa mereka (ahli-ahli UMNO) bertindak keluar beramai-ramai kerana mereka sudah bosan terhadap pucuk pimpinan UMNO pusat dan juga negeri.

Tambahan pula Ketua  UMNO Bahagian Sungai  Besar Dato Jamal Yunos selalu membuat huru hara dan kacau bilau di sana- sini ini yang membuat ahli-ahli UMNO sudah meluat terhadap perbuatan jahat dan kejam Jamal kerana sedikitpun tiada nasihat daripada para pemimpin UMNO/BN hingga Geng Baju Merah yang ditaja UMNO semakin bertindak ganas.

Syukur rakyat Sabah sudah sedar buat apa kalau ikut UMNO sentiasa menimbulkan kegansan hingga membinasakan nyawa orang lain ini kah budaya UMNO.

Kelmarin satu perjuampaan dari hati kehati dengan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) DatukSeri Shafie Apdal di kediaman Pengiran Roslan Pengiran Mansa.

Dalam pertemuam itu antara lain membincangkan mengenai strategi parti WARISAN dan membicangkan siapa orang yang paling layak jadi calun di parlimen Kinabatangan dan DUN Sukau akan di kaji sedalam-dalamnya.