The Sabah Insider Online……PARA PEMIMPIN UMNO/BN DI GESA AGAR NASIHATKAN JAMAL HENTIKAN BUAT RUSUHAN KAUM BOLEH JEJASKAN UMNO/BN PRU14 NANTI.




OLEH: ISMAIL   ZULKIFLIE  MOHAMED  (KUANTAN)
Monday November 14/2016

PARA pemimpin atasan khususnya Majlis Tertinggi UMNO (AMT) seharusnya memberi nasihat kepada Jamal Mohd Yunos Ketua Geng baju Merah agar menghentikan membuat rusuhan kaum di sana  sini yang boleh menjejaskan nama baik perjuangan UMNO?BN di persada politik tanah air.

Bila kita  mengimbau sejenak perbuatan jamal Yunos bukanlah berpapsikan dan menjurus untuk mempertahankan kedaulatan perjuangan UMNo/BN tetapi condong kepada menghancurkan  UMNO?BN pada PRU14 nanti.

Kemarahan terhadap perbuatan Jamal bukan saja di kalangan bangsa Cina-India bahkan bangsa Melayu sendiri 90 peratus  meluat marah dengan kelakuan jahil Jamal yang bukan sekadar menjatuhkan maruah UMNO/BN pemimpin UMNO/BN bahkan turut mencemar nama bangsa Melayu sendiri.

Saya sebagai penulis artikel ini tidak memihak mana-mana samada Geng baju Merah atau geng baju Kuning  hanya sekadar memberi peringatan kepada para pemimpin UMNO/BN agar membuat satu teguran agar Jamal Yunos menghentikan  perbuatannya itu.

Kalau baju kuning buat rusuhan  yang melanggar undang-undang  laporkan saja ke pihak Polis orang-orang UMNO/BN sedia maklum pihak polis memang berat kepada UMNO/BN tangkap satu persatu Geng baju Kuning kalau mereka langgar undang-undang bukan Baju Merah yang bertindak hingga mencederakan seorang anggota polis di Sabak Bernam bulan lalu.

Si Jamal sebagai seorang  Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang ramai pengikutinya seharusnya mempunyai  sikap dan sifat ciri-ciri sebagai seorang pemimpin bahagian yang  dihormati.

Sekarang  tiada sesiapa yang mahu hormat dengan Jamal Yunos kalau  sikap ganasnya  beterusan buat huru hara dalam Negara tanpa adanya sekatan oleh polis pihak.

Dalam rusuhan kaum kelmarin khabarnya Jamal Yunos kena ditunbuk oleh orang yang tidak dijkenali dan Jamal menuding jari ke arah  polis yang menumbuk muka Jamal hingga berdarah hidungnya.

Tuduhan Jamal terhadap anggota Polis yang menumbuk muka Jamal itu  tuduhan berat Jamal boleh diambil tindakan polis jika dakwaannya  tidak benar  main tuduh melulu sahaja  kepada onggota polis yang letika itu mereka menjalankan tugas bagi menjaga keamanan.

Sekali lagi saya mohon jasa baik para pemimpin UMNO/BN yang lain agar dapat memberikan nasihat kepada Jamal agar hentikan perbuatannya yang terang-terang melanggar disiplin UMNO/BN yang mencemarkan nama abik UMJNO/BN susah nanti mendapatkan sokongan undi pada PRU14 nanti.

Para Pemimpin jangan terlalu pandang remeh  terhadap jenayah yang dibuat oleh Kumpulan geng Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Yunos nanti UMNO/BN yang kena padahnya

Mana suara-suara MIC-MCA-GERAKAN -PBS-UPKO-LDP dan PBRS  dalam komponen Barisan Nasional (BN) kenapa membisu seribu bahasa kenapa tiada apa-apa cadangan kepada para pemimpin UMNO supaya geng baju Merah menghentikan  melakukan keganasan yang boleh menjejaskan BN.