The Sabah Insider Online….NAK TUNJUK SAMSENG MENGASARI UNIT PENGUATKUASA BANDARARAYA SUAMI-ISTERI DIPENJARA 14 HARI



OLEH: WAN FARIDAH WAH AHMAD (PJ)
Friday November 25/2016


BUAT pengajaran orang  yang kurang ajar dan biadap terhadap penjawat awam menjalankan tugas di takut-takuti ini baru padan muka kena penjara 14 hari denda RM3,000.00 gagal  bayar tambah lagi 7 hari  menjadikan meringkuk dalam penjara 21 hari.



SHAH ALAM:- Gara-gara nak tunjuk samseng dan  lagak berani dan mengasari  anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugas di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam, kesudahannya  sepasang suami isteri itu telah  dihukum penjara 14 hari.

 Hukuman dijatuhkan Majistret P Sarulatha selepas pasangan suami isteri itu, Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, mengaku salah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang. 

Dalam pada itu Majistret Sarulatha turut memerintahkan tertuduh membayar denda RM3,000 seorang dan jika gagal, tertuduh diarahkan penjara tujuh hari lagi menjadikan tiga minggu.

 Bagaimanapun, Sarulatha membenarkan penangguhan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang. 

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika sedang menjalankan tugas dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakan setugas sedang menjalankan tugas di kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

 Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan membabitkan penguat kuasa berkenaan dengan pasangan itu menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial.


No comments:

Post a Comment