The Sabah Insider Online......NAK MELOBI CALON MESTI ADA DUIT SENDIRI RM200 RIBU


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sunday November 20/2016

DUIT bukan segalanya tapi segalanya perlu duit. Itu hakikat dan fakta.

Dulu saya kata jika mahu jadi calon election kena ada duit. Ada kata sejuta lebih dan saya kata siap sekurang rm200k. Ada pula kutuk marah saya.

Jadi calon kena deposit, cetak poster, jemput ceramah sedia minum makan sewa pa sistem, sewa kerusi bina kemah, gaji lekat poster, gaji pekerja sewa kenderaan dan sebagainya. Belum masuk hulur tambang pengundi yang BN ajar.

Memang macam-macam  dan itu sebab wang bukan segalanya tapi segalanya perlu wang.

Itu asasnya tapi mesti ada ciri-ciri lain seperti peramah baik hati prihatin ringan tulang dan tidak lokek tidak minum kopi sendiri dan terpenting akhlaknya baik bukan buruk perangai suka cari musuh berkata kasar maki hamun.

Lalu sesudah jadi YB  kesan menang apa tindakan dan harus kita fikir? Apakah hanya duduk di kerusi dun atau parlimen?

Ramai yb ayam mati tak bijak bicara di dun atau parlimen dan kekadang ada kelulusan tapi tak rajin kaji sejarah, undang-undang, agama, sosial, ekonomi luar dalam negeri maka ramai diam bacul angguk-angguk  macam uluntakuyung.

Inilah masalah calon pilihan yang harus diperhatikan dan jika takut tak dipilih untuk musim mendatang dan bacul di dun atau parlimen lebih baik undur dan berikan peluang yang muda lebih intelek agressif dan berani demi rakyat.