The Sabah Insider Online……MUSIM TENGKUJU BEBERAPA NEGERI DI SEMENANJUNG DAN SABAH AKAN DILANDA BANJIR BESAR….JABATAN METEOROLOJI


OLEH: WAN FARIDAH WAN AHMAD (KL)
Sunday November 13/2016
  
KUALA LUMPUR:-  Beberapa negeri di negara ini akan dilanda banjir besar ekoran musim tengkuju yang berpanjangan dari November hingga akhir Februari 2017 antaranya Kelantan-Terengganu-Pahang dan Jogor  di Sabah Kinabatangan-Papar dan Kuhara Tawau.

Jabatan  Meteorologi Persekutuan telah mengeluarkan Jangkaan banjir malam tadi ini tanda-tanda awal menunjukan di beberapa negeri termasuk di sabah akan dilanda banji besar ekoran hujan lebat berpanjangan selama 3 bulan itu.


Orang ramai yang tinggal di kawasan tanah rendah dan dipinggir sungai terutama sekali penduduk Kinabatangan dan Papar agar bersiap siaga untuk mencari tempat perlindungan sementara bila mana  hujan turut tiada hentinya selama seminggu kemungkinan air sungai naik melempah ruah dengan tiba-tiba.

Sambil itu pastikan kanak kanak jangan dibiarkan main air sungai kerana sungai Kinabatangan Sungai Kuhara dan Sungai Papar bila mana masa banjir besar  buaya yang menghuni ketiga-tiga sungai berkenaan pergi mendarat untuk mencari mangsanya.

Kata jurucakap Jabatan Metoeroloji  ekoran hujan lebat yang turun berterusan setiap hari boleh mengakibatkan banjir samada banjir pada skala kecil atau besar. Disebabkan itu, arahan persediaan menghadapi banjir sudah dikeluarkan dan penduduk dikehendaki peka dengan kawasan penempatan.

Pada tahun ini, pengumuman amaran banjir akan dibuat awal menerusi televisyen dan radio serta sosial media agar orang ramai berjaga-jaga dan peka dengan rahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.