The Sabah Insider Online.....MP SANDAKAN WONG LAWAT PEMBONGKARAN RUMAH2 SETINGGAN BATU 3


OLEH:l SHAIMON S JUMADI
Saturday November 12/2016


ELOPURA:- Kerja-kerja pengrobohan rumah di perkampungan setinggan Batu 3 Jalan Utara sudahpun mula dijalankan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sejak beberapa hari lalu.

Tujuan pihak kerajaaan khususnya MPS merobohkan rumah-rumah di kampung setinggan adalah untuk pemabgunan yang lebih strategej  lagi di kawasan berkenaan.


Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt yang telah di maklumkan mengenai pengrobohan rumah-rumah di kampung berkenaan bergegas turun padang bagi menemui penduduk yang menjadi mangsa keadaan untuk mendengar rintihan daripada penduduk berkenaan.

Menurut Wong dalam sesi perjumpaan  dengan mangsa roboh  itu Wong telah difahamkan  bahawa mereka yang terlibat dalam  pengrobohan  itu telah mendapat kediaman baru di Program Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Murni Batu 3 yang tidak jauh dari tempat tinggal mereka  sekarang.

“Saya datang melawat ke kampung ini bukan apa saya sebagai Ahli Parlimen Sandakan perlu tahu juga sedikit sebanyak permasalahan rakyat agar dapat perlindungan  disamping memastikan mereka benar-benar mendapat kemudahan baru setelah rumah-rumah  selesai dibongkar oleh pihak  MPS seorangpun tiada yang tercicir mendapat kediaman baru di Taman Harmoni  yang terdiri daripada warganegara Malaysia.” Katanya.