The Sabah Insider Online….KERAJAAN BERAT SEBELAH DALAM AMBIL TINDAKAN TERHADAP PENJAWAT AWAM MENYERTAI BERSIH 05 BAGAIMANA BAJU MERAH….WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Friday November 18/2016

KUALA LUMPUR:- Hanya penjawat awam yang menyertai perhimpunan dengan kumpulan Baju Kuning akan diambil tindakan dibuang kerja atau di potong gaji.
Akan tetapi bagai pula penjawat awam yang menyertai perhimpunan dengan kumpulan Geng Baju Merah adakah  kerajaan  juga bertindak akan mengambil tindakan yang sama serupa dengan baju kuning  
Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa yang tersiar di portal ANTARA POS pada 17hb November 2016 yang bertajuk “ Penjawat Awam Boleh Dibuang Kerja Atau Dipotong Gaji Jika  Sertai BERSIH 05.

Wong berkata kenapa  pihak kerajaan hanya tahu dan mahu mengambil tindakan keatas penjawat awam yang akan   menyertai perhimpunan aman Baju  Kuning pada 19hb Nov 2016 (esok) kenapa kerajaan tidak akan mengenakan tindakan yang sama keatas Geng Baju Merah jika ada kakitangan kerajaan yang menyertai perhimpunan yang sama.

“Amaran Ketua  Setiausaha Negara (KSN) itu menampakan bersikap berat sebelah (bias) dan tidak adil hanya dikenakan baju kuning sahaja sedangkan penjawat awam yang menyertai geng baju merah tiada apa-apa tindak diambil” tegas Wong.

Dr. Ali Hassan sambil  berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga akan mengambil tindakan terhadap penjawat awam, jika gambar mereka terlibat dalam perhimpunan itu disiarkan media.

Dalam perkembangan yang berkaitan  Wong menyambut baik saranan  Pengerusi  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia  Malaysia  (SUHAKAM)  Tan Sri  Razali Ismail mengenai  tindakan kerajaan yang akan mengenakan tindakan terhadap mana-mana penjawat awam yang menyertai perhimpunan BERSIH 05.
Sambil itu Wong menghuraikan  akan kandungan kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini  sebagai berkata  penjawat awam, pelajar universiti dan ahli akademik ada hak untuk berhimpun secara aman.
Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata ia akan menjadi pelanggaran terhadap Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan berhimpun secara aman disekat.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan amaran Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menghalang guru menyertai perhimpunan pada Sabtu ini di Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar lain.
Hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa memberi amaran kepada penjawat awam supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau berdepan pemotongan gaji atau pemecatan, bergantung pada tahap penyertaan.
“Suhakam mengulangi lagi iaitu menerusi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), semua rakyat Malaysia ada hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata,” katanya dalam satu kenyataan.
Razali berkata sementara hak untuk mengadakan demonstrasi balas perlu dikekalkan, polis dan pihak berkuasa perlu memastikan tindakan peserta tidak berubah menjadi ugutan dan merusuh.
“Maka tanggungjawab polis untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menyatakan kedudukan dan pendapat mereka secara bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata Suhakam menyokong usaha polis menunjukkan disiplin dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.
“Ini ialah ciri kematangan politik,” katanya.
Selain itu, katanya Suhakam akan memantau perhimpunan berkenaan dan jabatan aduannya akan menerima laporan daripada orang awam.











No comments:

Post a Comment