The Sabah Insider Online……IZWAN AZIR TIDAK SALAH TUGASNYA HANYA MEMBACA TEKS BERITA YANG DISEDIAKAN OLEH PENERBIT TV3 BAHAGIAN BERITA



CORETAN DARI MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
Rabu November 23/2016

SAYA juga sebahagian dari penonton TV3 yang turut melahirkan kekesalan seribu kecewa terhadap berita-berita yang tersiar di kaca TV3 80 peratus berunsur pro politik  yang berkisar banyak berita pembohongan.

Hanya berita-berita jenayah kemalangan   sahaja yang benar  selebihnya berita-berita cerita politik satu fitnah dan pembohongan besar kepada rakyat Malaysia khususnya penonton setia rancangan berita terbitan TV3.

D sini yang bukan hendak membela seoarang pembaca berita TV3 iaitu Izwan Azir yang mendapat kecaman  hebat di kalangan penonton TV3.

Tugas utama Izawan Azir hanya membaca sahaja teks berita yang disediakn oleh penerbit berita yang dihasilkan  oleh wartawan-wartawan TV3 Izwan Cuma menyampaikan sahaja berita yang tersedia di atas meja konti.

Masyarakat tidak boleh mengutuk atau menempelak atau maki hamun terhadap Izwan Azir ia Cuma ditugaskan untuk membaca  teks berita untuk di sampaikan kepada umum.

Yang harus dipersalahkan ialah wartawan yang membuat  cerita yang bukan-bukan juga pihak penerbit turut bersekongkol dengan wartawan kerana menyediakan berita-berita palsu dijadikan bahan  berita hangat di TV3.

Serba salah pembaca berita mereka dijuluk dengan berita-berita yang tidak benar  kebayakannya berita politik menghentam pihak pembangkang sepatuhnya sebagai media elektronik TV3 tidak boleh berat sebelah dalam  menyiarkan berita-berita semasa pihak penerbit TV3 harus berlaku adil dan tidak bias kalau kes-kes jenayah yang dilakukan oleh orang-orang UMNO  tidak dibesarkan seperti kes Geng Baju Merah yang diketuai Oleh Jamal Tongkol tetapi kalau pihak pembangkang buat salah TV3 hari-hari tak putus-putus menyiarkan hal-hal keburukan mereka.