The Sabah Insider Online…..HAK ASASI TANAH ADAT (NCR) MILIK ANAK JATI SABAH HARUS DIPERTAHANKAN ….KONG HONG MING



 OLEH: SHAIMON S JUMADI
 Thursday November 24/2016

BARISAN ahli-ahli Majlis Teringgi PKR yang hadir sama pada mesyuarat tersebut

KINABATANGAN:-    Mengenai kedudukan tanah adat (NCR) yang kebanyakannya diceroboh oleh orang luar harus di pertahankan kerana tanah NCR adalah ahak asasi dan milik orang-orang tempatan khususnya anak jati Sabah.


Banyak sudah kes tanah adat (NCR)  di Sabah dibawa kemahkmah tinggi untuk di bicarakan sebahagian kes berjaya diselesaikan.

Tanah-tanah adat (NCR) kebanyakan berlaku di Kudat-Kuamut-Kinabatangan-Ranau Beluran-Keningau dan di kawasan pedalaman yang sering menjadi sasaran pencerobohan oleh golongan kelongmerad dari Semenanjung.

Datuk Kong Hong Ming bercakap ketika berucap di majlis Mesyuarat  Penyusunan Semula Jentera Parti dan kedudukan Ahli Jawatankuasanya  Parti KeADilan Rakyat (PKR) cabang Kinabatangan  baru-baru ini.

Kong menegaskan ahli-ahli diperingkat akar umbi harus menanamkan semangat jati diri bekerjasama  semasa sendiri dan juga parti gabungan PAKATAN HARAPAN yang membabitkan DAP-PKR dan AMAMAH untukmenjamin kemenangan calon-calon yang akan bertanding atas nama gagasan PAKATAN HARAPAN memperoleh kerjayaan yang cemerlang pada PRU14 nanti.

Semangat setia kawan  dengan parti-parti gabungan PAKATAN HARAPAN  pelu di semai dan dipupuk agar perjuangan parti PAKATAN HARAPAN kuat untuk berdepan dengan musuh-musuh politik.


Sementara dalam ucapan Ketua Cabang PKR Kinabatangan Damsah Hj Kalbin antara lain beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli PKR kerana sudi melapangan masa untuk hadir sama  di majlis mesyuarat yang agak penting ini.

Katanya ahli-ahli PKR Kinabatangan harus bekerja kuat untuk memastikan perjuangan PAKATAN HARAPAN diterima rakyat.

Mesyuarat yang dilangsungkan di Sandakan Styles Hotel  telah dihadri lebih 100  orang ahli-ahli PKR  dari beberapa cabang.