The Sabah Insider Online.....CERITA MISTERI SUNGAI TELUPID MEMPUYAI SEJARAHNYA


CORETAN SHAMON S JUMADI
Sunday November 13/2016

CERITA  misteri mengenai sungai Telupid  kira-kira 30 tahun yang lalu ia merupakan sungai tempat persinggahan orang-orang  yang pergi ulang alik  Sandakan ke Kota Kinabalu mereka mencuci pelbagai kenderaan.

Air sungai tersebut sedalam dua kaki itu  airnya  cukup bersih warna kebiru-biruan adalah sebagai tarikan orang ramai untuk singgah  sebentar untuk mencunci kereta  sebelum meneruskan perjalanan mereka  dan kalau di lihat dari beberapa sudut seolah-olah pesta air kerana pelbagai bangsa berada disungai yang dimaksudkan itu.

Ini cerita bukan direka-reka cerita mempunyai reality sejarahnya yang tersendiri memang sukar dilupai setiap orang yang pernah berada  semasa kejadian  anih itu yang hampir meragut nyawa.

Pada tahun 1989 satu kejadian misteri yang sukar diduga yang menimpa kepada Sungai Telupid itu sesiapapun tidak menyangka kalau bala dan malapetaka sudah sampai sesiapa tidak boleh mengelakannya ini semuanya kuasa Allah.

Satu hari pada tahun 1989 tiada ribut tiada hujan cuaca memang sangat baik tiba-tiba macam suara curahan air ketika itu ramai orang sedang dan asyik mencuci kereta masing-masing.

Salah seorang hamba Allah kini sudah jadi  Arwah Mohd Jaafar Tan yang turut berada disitu terdengar  suara dari arah ulu sungai berkenaan yang lain tidak menghiraukan kedengaran bunyi bising yang semakin lama suara bunyi bising curahan air itu semakin dekat.

Mujurlah lebih kurang 20 orang yang berada di sungai tersebut setelah mereka ragu-ragu dengar bunyi suara yang agak ganjil itu mereka satu persatu beredar untuk naik keatas (darat) untuk mengetahui selanjutnya apa yang akan berlalu.


Sebahagian kenderaan sudah berada di darat sebahagian lagi masih disungai ditinggalkan begitu saja  oleh pemiliknya.

Lebih kurang 15 minit  ramai  orang melihat dengan  mata kepala  mereka sendiri satu gulungan air kabut bergulung-gulung dibawa arus deras mengalir ke sungai itu hingga menghanyutkan beberapa buah kereta  yang tertinggal dalam sungai tersebut.

Mujurnya orang ramai yang ketika berada disitu sempat naik kedarat kalau tidak mungkin mereka jadi mangsa dihanyutkan oleh gulungan air deras itu yang datang dari ulu sungai berkenaan.

Pihak Berkuasa Tempatan berkuasa telah memasang papan tanda sebagai tanda amaran  tetapi tiada sesiapa yang menghiraukan rupa-rupanya kejadian curahan air banjir datang mendadak itu dimana ulu sungai berkenaan ditimpa hujan lebat itulah menyebabkan banjir diulu. Dan fenomena ini pernah berlaku juga di Sungai Maliyau.