The Sabah Insider Online…..BUKAN SEMUDAH ITU TARIK BALIK IC PROJEK PATI DI SABAH BERJUMLAH 1.5 JUTA YANG TERDIRI AHLI2 UMNO-BN




OLEH: SHAIMON S JYMADI
Friday November 18/2016

CADANGAN  menarik balik  Kad Pengenalan projek (palsu)  yang dikeluarkan di Sabah terhadap para Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang melibatkan warga Filipina-Pakistan dan Indonesia satu cadangan yang baik kalau dilihat dari beberapa sudut.

Pemangku Presiden UPKO DSP Wilfred Madius Tangau membuat cadangan tersebut  ia bertujuan untuk menyelesaikan mengenai siasatan PATI (RCI) sudah dikeluarkan  namum isu itu masih belum selesai lagi sehingga kehari ini.

Tetapi bukan semudah itu untuk menarik balik semua mykad yang telah dikeluarkan dan telah dipegang oleh PATI yang bergelar Warganegara Malaysia bidan terjun banyak risikonya  kerana mereka dalam tiga bangsa itu mereka 98 peratus menjadi ahli UMNO/BN dan juga pengundi  tegar BN.


Pihak UPKO seharusnya mengambil kira kepentingan PATI yang mempunyai Mykad  kerana merekalah UMNO/BN di Sabah tidak pernah kalah malahan jumlah undi kepada calon-calon BN  semakin meningkat jumlahnya.

Bukan kah juga UPKO terhutang budi kepada PATI dari Filipina-Indonesia dan Pakistan mempunyai kad pengenalan telah memberi kemenangan besar bukan saja kepada calun-calun dari UMNO bahkan juga calun-calun UPKO juga  undi datangnya dari PATI.

Boleh kah UMNO di Sabah menerima cadangan Wilfred  tentang penarikan IC projek bukan sedikit jumlah PATI  yang duduk di Sabah yang kini telah memegang Mykad nisbah jumlah telah mencecah 1.5 juta yang terdiri daripada rakyat Filipina-Indonesia dan juga Pakistan.


Cadangan untuk menarik bail Kad Pengenalan tersebut nombor H.035XXXX dan H.053XXXX memang cadangan yang baik boleh digunakan pakai tetapi sanggup kah   para pemimpin BN/UMNO yang lain setuju terhadap cadangan Wilfred itu ia menjurus  kekalahan BN/UMNOpada PRU14 nanti kerana calon-calon BN/UMNO terlalu bergantung undi dari PATI yang menjadi warga Malaysia fotostat.