The Sabah Insider Online…..BILA ANAK-ANAK MEREKA GAGAL DUDUKI PEPERIKSAAN UPSR-PMR DAN SPM IBUBAPA SERING SALAHKAN GURU-GURU SEKOLAH



SUDUT PANDANGAN EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
Friday November 25/2016

KITA tidak nafikan sering kali para ibubapa menuding jari kearah guru-guru yang mengajar kepada anak-anak mereka di sekolah dan guru-guru juga sering jadi sasaran cemohan dan  dipesalahkan di maki hamun apabila anak-anak mereka kurang cemerlang dalam memperoleh  sesuatu keputusan peperiksaan yang diduduki.

Berbentuk cemohan dan tomahan di kalangan ibubapa bila anak-anak mereka gagal atau kurang baik mendapat keputusan peperiksaan seperti UPSR PMR dan SPM guru dicemoh guru kurang arif guru tidak pandai mengajar guru kurang cekap guru makan gaji buta macam-macam lagi tomahan yang dilemparkan kepada guru-guru berkenaan oleh para ibubapa.

Tiada seorang gurupun di mana-mana pusat institusi sekolah  mahukan anak-anak muridnya gagal dalam menduduki sebarang peperksaan guru-guru yang mengajar mereka setengah mati memang bersungguh-sunggu  yang mahukan semua anak-anak muridnya berjaya  dalam apa jua peperiksaan ini akan membanggakan bukan saja mengharumkan nama kelas nama guru terbabit  nama sekolah bahkan juga melibatkan kebangaan para ibubapa sendiri.

Dalam memperoleh keputusan yang cemerlang prestasi yang dicapai ini bergantungan kepada anak-anak itu sendiri  ada sesetangah murid bila bertada dalam kelas  malas belajar sambil lewa sahaja banyak hal-hal dalam aspek pembelajaran yang dibentangkan  mereka kurang minat untuk mendengarnya.

Sebagai ibubapa yang menjaga sepenuhnya masa kepada anak-anak mereka semasa keberadaan dirumah seharusnya memberikan semangat yang jitu dan sentiasa mendorong anak-anak mereka supaya rajin-rajin dan tekun belajar.

Peranan ibabapa amat penting mendidik anak-anak mereka  selain guru juga turut membimbing mereka hanya memakan masa 6 jam setiap hari.

Suntikan semangat kepada anak-anak perlu ditingkatkan bagi galakan supaya anak-anak mereka rajin-rajin belajar bagi para ibubapa yang  mempunyai kemampuan  anak-anak tadi seharusnya mengikuti kelas-kelas tambahan seperti tusyen  tidak rugi rasanya kalau ibabapa tadi membelanjakan sedikit wang untuk membayar fee (yuran) kelas tusyen daripada wang beratus-ratus ringgit untuk beli nombor ekor setiap minggu tiga  kali draw.

Saya harap janganlah selalu menyalahkan guru-guru yang membimbing anak-anak kamu sehingga jadi orang yang pandai di satu hari  nanti  guru-guru juga bertanggungjawab yang berperanan membawa kejayaan kepada anak-anak kamu.