The Sabah Insider Online….ADA DUA PARTI BARU DITUBUHKAN DI SABAH BENARKAH AGEN UMNO/BN?



OLEH: ISNAILY BUNGSU
Wednesday November 23/2016

SAYA tidak mahu katakan mana-mana parti yang baru ditubuhkan ada antaranya agen BN sebab hati nurani pemimpin sukar sangat diketahui dan yang tahu hanya Allah, sebalik kita insan biasa hanya bisa memikir dan menyangka tetapi sangkaan itu tidak baik dan boleh saja menjadi fitnah kalau tidak benar.

Kesan kerana yang diperkatakan di atas, maka saya usaha membuat kajian, meneliti perkembangan masa lalu/PRU13 dan kewujudan-kewujudan parti baru dan siapa yang di belakangnya dan itu kena kaji, telaah dan kemudian bisa dinilai pandangan-pandangan  yang lain serta menteri-menteri  yang ada dalam kerajaan.

Kajian-kajian  terperinci tidak dapat saya jelaskan kesan belum sampai waktunya tapi yang kita nampak bersama boleh saja dikomen ulas bedah untuk sama difikirkan.

Meneliti dan telaah keadaan termasuk masalah kepimpinan itu sendiri, masa lalu, masa sekarang dan meramal masa depan itu memang penting.

Musa Aman kata dia ingin berkerjasama dengan pembangkang dan itu sudah dimulakan oleh menteri luar. Ayat itu kena hati2 elak perperangkap.

Nik Aziz pernah berkata yang namanya musuh memang kita sudah tahu tetapi kalau ada musuh memuji kita atau mahu bersahabat dengan kita itu ada sesuatu yang tidak kena dan kena hati-hati.

Nah, berdasarkan kata-kata itu maka kita kena berhati-hati dalam bertindak untuk seterusnya kerana kita khuatir kita bisa saja termasuk dalam perangkap yang memang sudah mereka sediakan untuk kita.

Saya ulang lagi bahawa Musa Aman kata dia bersedia berkerjasama dengan pembangkang demi sabah dan pada hakikatnya memang saya bersetuju tetapi dalam masa sama bila Jeffrey bangkit di DUN Sabah isu P63/perkara 20, maka dia kelihatan marah/naik angin sedang yang disuarakan oleh Jefrey memang sesuatu yang penting. Kenapa saja yang disuarakan oleh Jefrey itu tidak dijadikan perbincangan di DUN Sabah?

Kemudian dalam masa sama sebelum itu pula adakan forum dan yang namanya YTL dan Jefrey sendiri satu meja dengan menteri pemerintah dan akui kepentingan M63 itu dan bukankah apa yang dikatakan di DUN dan di forum itu semacam ada tembuk pemisah dan bila Darell Leiking suarakan di parlimen segera pandikar katakan itu tidak sesuai dan secara tak langsung tidak dibenarkan.

Lalu, berdasarkan kenyataan di atas jelas apa saja yang dimahukan bila dikatakan kerjasama itu?

Ini menjadikan saya keliru dan sekali lagi mereka yang di atas usaha memainkan emosi mahu merubah kepercayaan rakyat semula percaya usaha mereka meski sudah 53 tahun gagal total.

Sebenarnya saya tidak melihat kerjasama yang dimaksudkan menjurus kepada kebaikan kala kita lihat tindakan Malaya terhadap Sabah amat keterlaluan hingga Sabahan penerima anugerah termiskin dan perjanjian M63 itu memang diabaikan dan rakyat Sabah semacam peminta sedekah hingga miskin papa kedana.

Nah, yang kita lihat baik pembangkang tertentu dan pemerintah sendiri mempunya kepentingan untuk meyakinkan Sabah agar masing-masing meraih undi kepercayaan rakyat di PRU-14 dan ada pula gunakan parti sebagai niaga untuk raih dana berjuta tanpa ahli-ahli  tahu.

Nah, saya simpulkan segalanya semacam permainan teater "on stage" mesejnya raih undi dan akhirnya nanti rakyat tertipu untuk lima tahun lagi dengan beban GST hidup menyepit kantung kian kosong dan derita terus bermaharalela.


Rasanya kita ini memang Allah berikan AKAL dan Otak yang beda dengan haiwan dan gunakanlah akal itu sebaik mungkin agar kita tidak kena tipu lagi dan jangan sampai kita kena tipu berulang kali dan jika itu berlaku maka jelas kita ini bebal dan bangang.