The Sabah Insider Online.....5 BAHAGIAN UMNO AKAN SERTAI WARISAN PADA 27 NOVEMBER DEWAN HAKKA


DUIT BUKAN SEGALANYA...  (2.00pm ketemu ketua2 cawangan UMNO bakal/nekad sertai WARISAN

OLEH ISMAILY BUNGSU
Selasa November 22/2016

MEMANG benar seperti yang dikatakan ramai orang yang duit bukan segalanya tapi segalanya perlu duit.

Berpolitik atau apa saja segalanya perlu duit dan selangkah kita keluar rumah yang pertama harus dipastikan dalam poket ada duit tanpa duit memang susah bergerak.
Segalanya perlu duit!

Kereta yang kita pandu perlu minyak dan untuk membelinya perlu duit dan nanti di kedai kopi sembang juga perlu duit untuk bayaran minuman dan itu sebab ahli politik kena ada duit dan kalau ngangguran (macam saya) bercita-cita mahu jadi calon, baik tidak usah dan berilah peluang yang muda dan sedikit punya duit.

Memang sekarang musim REBUTAN nak jadi calon dan dalam kepala jadi YB dilantik menteri cepat kaya dan ini sikap yang tidak baik dan kalau demikian samalah macam ahli-ahli UMNO yang niatnya jadi calon, dilantik jadi menteri lalu tidak lama kemudian punya istana berjuta harga.
Nasiblah DS Shafie  tidak punya istana berjuta kalau tidak siap diviral melebar seluruh dunia. Memang perlu duit tetapi duit bukan segalanya.

Yang lebih penting sekarang ialah mendekati rakyat, pengaruhi rakyat dan berikan kefahaman niat sebenarnya berpolitik dan nilai semula apa yang telah BN lakukan kepada Sabahan hingga penerima anugerah termiskin sekali di Malaysia dan rakyat menderita leher rakyat ada tali siap untuk mati.

Kesan itulah WARISAN lebih mengutamakan jelajah ke seluruh Sabah untuk menjelaskan keadaan sebenarnya dan ini penting sebab TV dan media yang dikawal oleh kerajaan asyik terus menyembunyikan kebobrokan kepimpinan kerajaan yang punya banyak sangat skandal dan seluruh dunia tahu membicarakan hal berkenaan sedang di malaysia terselamat kesan ada yang melindungi segala tahi yang mereka hasilkan baunya ke seluruh dunia tetapi di malaysia semacam harum saja dan Najib seolah malaikat lagaknya.

Duit sebenarnya ia juga racun dan ia juga penawar dan kesan ia racun ramai yang menjadi gila dan otak tidak waras sebab pencuri mereka katakan malaikat dan yang alim ulama dikatakan mereka menyesat. Inilah dunia kesan duit.

Sekarang ini memang BN miskinkan Sabahan dengan harapan miskin itu mendekati kufur dan bila kufur apa saja akan diusahakan tanpa mengira halal haram dan tanpa memikirkan masa depan negara bangsa sendiri kerana yang penting dalam masa sama kala miskin ialah perut harus diisi demi hidup. Itu sebab nabi tidak mahu umatnya miskin alasan miskin mendekati kufur.

Barangkali ada juga yang mengatakan PRU14 akan datang diperlukan berjuta-juta untuk persiapan sedang peraturan SPR hanyalah sekitar 200-250k saja dibenarkan dan selebihnya akan menjadi masalah itu termasuklah deposit, poster, gaji pekerja dan sebagainya tetapi rasanya BN setiap parlimen mendapat sekitar RM1.5 juta. Dari mana dana didapatkan?

 
Sebenarnya duit itu bukan segalanya tapi segalanya perlu duit dan kerana itu barangkali perlu juga kita merujuk kemenengan PBS dalam tahun 1985 dan ketika itu sesudah PBS ditubuh tidak lama kemudian election 1985 dimulai tetapi kesan duit juga PBS engkar dan tidak setia kepada rakyat Sabah lalu sertai UMNO/BN pengkhianat negara bangsa sendiri. Benar?

Nah, berdasarkan keadaan itu dulu sebenarnya PBS tidaklah menggunakan banyak duit untuk hadapi BERJAYA yang memang mewah dan ketika itu PBS juga tidak ramai ahli dan ramai KDM ketika itu masih dalam BERJAYA sebab tidak mahu terang-terangan menyokong PBS kecuali mereka yang nekad. Sekarang ramai orang UMNO terang-terangan sokong WARISAN. Jelas dan fakta!

Kala itu kita sendiri tidak yakin Harris Salleh bakal tumbang di Tenom dan ketika itu Datuk Kadoh tidaklah banyak sangat menggunakan duit untuk election itu sekadar dibayarnya deposit dan kemudian belanja kempen tetapi sudahnya Datuk Harris tersungkur.

Nah, dimusim PRU14 akan datang ini saya kira agak beda sedikit kesan yang dalam UMNO sendiri susah mahu hidup kesan projek tidak seperti dulu dan mereka sendiri mengeluh, malah kalau adapun projek bersih parit itu miliknya famili YB sendiri dan yang lain hanya mendengar dan melihat. Itu menjadikan orang marah, tetapi mereka masih tetap dalam UMNO kesan masih menunggu peluang dan luang yang ada mendatang kalau-kalau  bulan jatuh ke bumi.

Tetapi dalam diam ramai sangat orang UMNO termasuk yang KDM menghubungi saya untuk menubuhkan cawangan dan cawangan atau ahli-ahli yang ada itu dipindahkan kepada Parti Warisan Sabah Sabah. Itulah yang mereka katakan. Mreka yang kata bukan saya kata.

Dalam UMNO sekarang ini memang susah dan lebih susah bila pengarah dan timbalan pengarah jabatan air punya wang ratusan juta di rumah dan geran tanah begitu banyak ada simpan di luar negeri sedang rakyat di desa kampung kesian hanya mengharapkan air hujan atau sungai dan kalau adapun air kencing lagi laju. kesihan!

Jam dua ini di Rohayu restoran saya ketemu beberapa orang ketua cawangan UMNO dan ada antara mereka itu punya ahli dalam cawangan sekitar 200-300 orang dan mereka siap sedia serta WARISAN. Mulanya saya kata jangan nanti susah cari makan dan jawabnya " kami nekad tuan haji" itulah semangat meremang bulu roma saya hari ini.

Mereka bakal sertai WARISAN tidak dipaksa dan duit tidak dihulur janji tetapi kesan kesedaran perjuangan demi negara bangsa dan warisan yang ada ini.

UMNO/BN tidak lagi sesuai
UMNO/BN mesti ditumbangkan
UMNO/BN mesti ditapungkangkan
dan WARISAN mesti dijunjung
UbahSabah
UbahSabah
UbahSabah

JANGAN lupa 27 Nov, 2016 di dewan Hakka, batu 6 Sandakan bersama DS Shafie Apdal.