II The Sabah Insider Online……3,000 AHLI UMNO SEPANGGAR SERTAI WARISAN TENTUNYA BABU JINAB TIDUR TAK TENANG



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Saturday November 12/2016

KOTA KINABALU:-  Dengan penyertaan 3,000 ahli UMNO Bahagian Sepanggar ke parti WARISAN  dimana borang-borang kemasukan ahli telah diserahkan sendiri oleh Montoh Aru kepada ADUN Penanpang Darell Leiking di kediamannya kelmarin

Kini nampaknya UMNO Bahagian Sepanggar goyah dan semakin hari semakin hilang keyakinan penduduk Sepanggar terhadap pucuk pimpinan pusat dan negeri bahawa UMNO/BN tidak lagi relevan.

Menurut Darell Leiking dengan kemasukan beramai-ramai 3,000 ahli UMNO Bahagian itu ini merupakan satu tamparan hebat buat Datuk Jainab Ahmad  kerana gagal untuk mempertahakan ahli-ahli UMNO Sepanggar.

Memang  setiap malam Jainab sudah melenyapkan matanya tidak tak lena makan tak kenyang asyik memikir kekedudukan UMNO Bahagian Sepanggar yang semakin merosot sokongan rakyat setelah ramai-ramai ahlinya keluar dan menyertai parti WARISAN yang diasaskan oleh Datuk Seri Shafie Apdal.

“Sudah saya katakan sejak saya dan Mentoh Aru gempur pertama di Numbak hari itu langit di Sepanggar tidak sedamai dulu dan ramai sudah berlarian. Kata Darell.

“Kami akan gempur kali kedua nanti dan pastikan Sepanggar bukan milik UMNO malah YB Jumat juga akan kami jemput dan sertai WARISAN dan kebetulan kami sekampung dan itu tidak susah, tak percaya? Tunggu masanya akan sampai dan berputih matalah kamu di sana. Tambah Darell dalam kenyataan dengan media portal kelmarin.


No comments:

Post a Comment