The Sabah Insider Online WONG DAKWA ROMPAK DI PERAIRAN BINTULU ADA USUR2 BERSUBAHAT

BY ADMIN DAP
Wednesday November 23/106

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt (DAP) berkata bahawa kes rompakan telah berlaku dua kali berturut-turut di Perairan Bintulu pada tahun ini dan menyebabkan pemilik dari Sandakan mengalami kerugian yang besar.

Walaupun syarikat tersebut telah memaklumkan kepada penguatkuasaan maritim sebelum berlepas, tetapi masih tidak dilindungi dengan sewajarnya.

Oleh sebab kes rompakan berlaku di perairan yang sama secara berturut-turut, Wong berasa curiga sama ada terdapat unit-unti beroperasi yang bekerjasama dengan lanun yang menyebabkan insiden rompakan sering berlaku.

PEROMPAK....Gambar hiasan sahaja Picture by The  Sabah Insider Online


Menurut kepada laporan sebelum ini, pada 3hb Jun 2016, kira-kira 11.30 malam, 2 buah kapal pengangkutan membawa muatan minyak sawit berjumlah 2,200 tan dengan nilai RM12 juta dirompak di perairan Bintulu dan Miri. Syarikat Pengangkutan Kekal telahpun melaporkan kepada polis mengenai kes rompakan ini dan malangnya pada 25hb Oktober 2016, sebuah kapal pengangkutan milik syarikat tersebut yang membawa muatan 2,499 tan minyak sawit dengan nilai RM14.99 juta telah dirompak di perairan yang sama.

Wong mengkritik kegagalan penguatkuasaan maritim untuk melaksanakan kerja pertahanan dengan sempurna, sehingga rakyat dipaksa menanggung kerugian yang besar.

“Menurut kepada syarikat Pengangkutan Kekal, mereka akan memaklumkan kepada agensi-agensi penguatkuasaan maritim sebelum berlepas dan mengekalkan hubungan dengan pihak berkuasa dalam sistem kedudukan, jadi mengapakan kes rompakan masih boleh berlaku sedangkan pihak berkuasa telah dimaklumkan? Mengapakah kapal pengangkutan tidak dilindungi dengan sewajarnya? Mengapakah kes rompakan boleh berlaku di kawasan perairan yang sama tanpa sebarang halangan? Adakah ini berkaitan dengan agensi-agensi berkenaan yang berpakat dengan lanun ataupun agensi-agensi penguatkuasaan maritim langsung tidak berfungsi?” katanya Wong.

Menurut laporan pemilik syarikat Pengangkutan Kekal, kapal tersebut telah dihentikan selama 10 jam dan anak - anak kapal dikurung dalam sebuah bilik sementara lanun mengepam minyak sawit ke kapal mereka. Wong menggambarkan keadaan ini adalah amat tidak masuk akal! Beliu membidas ketidakcekapan agensi penguatkuasaan maritim dan tidak menjalankan rondaan dan rutin untuk mengekalkan hubungan dengan kapal dalam perjalanan, sehingga lanun boleh menjalankan aktiviti rompakan dengan senang sekali.

Beliau menanya Menteri apakah kerja susulan dilaksanakan oleh agensi-agensi pengangkutan maritim selepas kedua-dua kes rompakan ini? Adakah memburu lanun yang berkenaan dan membawa ke muka pengadilan? Bagaimanakah kerajaan akan menyelesaikan masalah ini? Beliau menegaskan bahawa kejadian rompakan di atas laut bukan sahaja menyebabkan kerugian pemilik kapal pengangkutan, tetapi juga kerugian ekonomi negara kita.

Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy membalas bahawa berdasarkan data rompakan di atas laut pada 2006 - 2016, terdapat 15 kes rompakan pada tahun 2006, 30 kes pada tahun 2011 dan pada tahun 2016 hanya 2 kes sahaja (kedua-dua yang disebut di atas).

Walau bagaimanapun, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengambil tindakan segera selepas menerima laporan untuk mencari dan menyelamatakan kapal yang berkenaan, tetapi disebabkan insiden gagal dilapor pada masa tepatnya, maka gagal menangkap perompak yang berkenaan.

Beliau berkata bahawa walaupun kapal yang dirompak telah memasang sistem AIS (Automatic Identification System), tetapi kerana perompak telah menutup sistem tersebut selepas menahan kapal tersebut, maka pihak berkuasa tidak dapat mengesan kapal yang berkenaan.

Nancy menegaskan bahawa berdasarkan siasatan awal terhadap kes ini, pihak berkuasa mendapati kes rompakan ini dirancang oleh orang asing dan sepatutnya tidak melibatkan orang dalaman. Walau bagaimanapun, siasatan masih dijalankan.


No comments:

Post a Comment