The Sabah Insider Online ….UPKO TAK PERLU BERKOKOK JIKA EKORNYA BERTAHI


OLEH ISMAILY BUNGSU
Tuesday November 22/2016

DATUK Seri  Shafie sebelum ini sudahpun memberikan jawaban dan katanya serahkan saja kepada kerajaan untuk mengambil tindakan lanjut dan tidak perlukan kedua pemimpin UPKO berkenaan berkokok bak ayam yang ekornya penuh tahi.

Pembangkang tidak ada kuasa dan yang berkuasa ialah kerajaan dan kerajaan itu tentulah BN yang memerintah di Malaysia dan dalam BN itu termasuklah UPKO yang dengan sendirinya DS Wilfred Madius terlibat yang memutuskan kesan duduki kerusi kabinet persekutuan.

Sepatutnya DS Wilfred dan Donald Mojuntin tanya Najib sendiri soal tindakan selanjutnya atau tanya Datuk Pairin sendiri yang dipertanggungjawabkan terhadap pendatang asing dan kenapa saja laporan RCI tidak dibentangkan dan diambil tindakan yang sewajarnya?

Apa perlunya bertanya dan minta pandangan DS Shafie Apdal yang tidak berkuasa dan tidak dapat bertindak untuk menyelesaikan persoalan sedangkan persoalan harus diselesaikan oleh pemerintah kerajaan BN sendiri.
Rakyat tidak mahu ribut di sana sini/ di surat akhbar untuk memperlihatkan diri sebagai pejuang rakyat Sabah sedang kuasa itu di tangan sendiri dan BN harus mengambil keputusan yang wajar.

Memang aneh bin ajaib kedua pemimpin UPKO ini bertanya seolah WARISAN itu telah memerintah Malaysia dan berkuasa terhadap isu yang dimaksudkan. Warisan dan PCS pemerintah di Malaysiakah?
Mojuntin ketika menjawab kenyataan Bumburing perkata soal mekanisme bagaimana selesaikan dan Mojuntin memperli dengan kata MENGARUT, sementara DS Shafie ia katakan serba salah dan rasanya Mojuntin harus kembali kepada kenyataan bahawa apakah Malaysia ini diperintah oleh BN atau WARISAN/PCS?

Jelasnya kenyataan kedua pemimpin UPKO itu hanyalah bersilat kata alias mahu larikan diri dan usaha menarik hati kalangan rakyat Sabah untuk terus memberikan sokongan kepada UPKO/BN yang sudah kehilangan pengikut dan jelasnya rakyat Sabah tidak sebodoh seperti yang difikirkan.