The Sabah Insider Online.... SHAFIE DI SIKUATI KUDAT HADIR PESTA GONG


(4,000 hadiri pesta gong)-HIB

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Ahad November 13/2016             

TEPAT jam 2:33 petang DS Shafie muncul di pentas dan mengatakan perkataan UBAHSABAH tiga kali dan itu diikuiti oleh sekitar 3-4000 orang yang hadir sama di pesta gong berkenaan hari ini tanggal 12 Nov, 2016.

" Dalam perjuangan tidak akan ada kejayaan dan untuk mencapai kejayaan kena sabar dan tabah " Katanya DS Shafie Apdal sambil diiringi dengan tepokan penonton.

"Saya tak gila jawatan YB sebab saya sudah duduki kerusi YB dan saya tidak gila jawatan menteri sebab saya sudah duduki kerusi menteri, sebalik yang saya mahu bangunkan manusia sabah dan bukan mundur tapi sekarang sabahan bukan semakin kaya sebalik kita semakin miskin dan hutang banyak rakyat pula disuruh membayar dengan cukai GST" tambah DS Shafie lagi dan itu menyebabkan yang hadir terus bersorak dan menyokong apa yang  Shaife  katakan.

Seterusnya DS Shafie menyatakan bahawa Mahathir dendangkan slogan wawasan 2020 dan banyak kemajuan dibawa, sementara Abdullah Badawi slogan Islam Hadhari dan seorang Najib pula bawa slogan tambah hutang negara yang akhirnya menyusahkan rakyat jelata sedang menteri bermewah anak tiri lahirkan filem porno dan beli kondo bayar hutang judi.

Soal tindakan polis juga ia sentuh terkait DS Shafie dipanggil siasat polis di Bukit Aman kesan bersuara di parlimen dan ia jelaskan parlimen merupakan suatu ruang untuk memperkatakan/bincang masalah negara dan kemudian mencipta undang-undang  untuk kepentingan rakyat, sebalik kerajaan yang ada mahu membuta dan menulikan telinga tetapi setiap lima tahun sekali mereka datang menemui rakyat untuk minta diundi agar terus berkuasa.

" Kamu lihatlah, Kimaragang, kota marudu, Tambunan, Pitas apakah di sini lebih baik banding Semporna?" Tanya DS Shafie dan kerana itulah katanya dia berani bersuara demi kepentingan rakyat dan tidak takut dipecat jawatannya sebab ia berkhidmat untuk rakyat.

Yang diperhatikan sekarang, pemimpin Malaysia ketuanya Najib hanya membangun Semananjung Malaysia dengan kelulusan keretapi dari Kuala Lumpur ke utara biayai RM55 bilion dan sebelumnya telah lulus RM20 bilion dan apa yang mereka bangunkan untuk Pitas, Kota Marudu? yang ada di Semporna hanyalah pembangunan LANUN di laut yang tidak pernah selesai dan menyusahkan rakyat.

" Mereka berbelanja lebih banding pendapatan dan bawah kepimpinan Najib hutang negara bertambah sekitar RM300 bilion menjadi hutang keseluruhannnya sekitar RM800 bilion dan perbelanjaan tahun 2017 defisit RM40 bilion dan itu kerajaan pimpinan Najib arah rakyat membayar melalui cukai GST" Katanya lagi.

Soal kekayaan Sabah yang punya kayu balak, sawit, tembaga, minyak juga dibangkit tetapi DS Shafie bertanya ke mana saja perginya hasil balak selama ini?

Kekayaan Sabah memang lebih dari cukup untuk membiayai pembangunan di Sabah, malah jika diurus secara teratur dengan telus itu lebih memewahkan rakyat Sabah.

" Yang jelas rumah sakit Tawau yang bertanggungjawab terhadap daerah Kunak, Semporna, Lahad Datu kekadang kehabisan ubat dan kekurangan kepakaran dan akhirnya yang mahu mati terpaksa di hantar ke Kota Kinabalu, tetapi yang anehnya Najib sanggup luluskan pembinaan ubahsuai tugu peringatan dengan biayai RM650 juta dan ini jelas melampau. Nampaknya Najib lebih utamakan tugu senangkan mata memandang banding nyawa manusia di Malaysia ini" Katanya sambil DS Shafie merasa sedih bila mengingatkan nasibnya orang Sabah yang dianaktirikan.

Bila DS Shafie Apdal menduduki kerusi Menteri dan secara langsung bertanggungjawab terhadap MARA, begitu ramai pelajar-pelajar  dibantunya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan itu tidak pernah dilakukan sebelumnya.

" Sekali lagi saya katakan yang saya tidak takut suarakan apa saja demi kepentingan Sabahan kerana kita tahu undang-undang  mana yang patut disuarakan di parlimen dan mana yang tidak patut dan perjuangan saya ini bukan untuk saya sendiri sebalik untuk seluruh anak bangsa Sabah dan kepentingan Malaysia umumnya" kenyataan itu menjadikan penonton terus bersorak tanda setuju.

Seperti yang saya katakan dan ramalkan kemungkinan DS Shafie bakal menyentuh memenangan TRUMP dan itu memang ia sentuh dan mengatakan semasa kempen TRUMP begitu dihina oleh musuh-musuh  politiknya termasuk berdampingan dengan perempuan-perempuan  nakal dan itu dibesar-besarkan untuk menjatuhkan Trump.

" Meskipun mantan-mantan  presiden Amerika seperti George termasuk Obama, Clinton tidak menyokongnya dan mereka menyokong Hillary dan pemimpin Malaysia sendiri menyokong Hillary dan sokongan itu tidak membutakan mata rakyat Amerika dan akhirnya TRUMP menang dan muncul sebagai Presiden Amerika " Jelas DS Shafie dan penjelasan itu menyebabkan yang hadir berfikir.

Rakyat Sabah tidak perlu gusar banyaknya parti yang diluluskan dan yang penting rakyat Sabah hendaklah bersatu dan tahu menilai yang mana baik dan yang mana jujur atau tidak jujur dan yang dimahukan rakyat bijak memilih bukan kerana suapan atau kata-kata pemimpin parti yang manis di bibir semata.

" Memang kerajaan suka sangat banyak parti. Ada parti perpaduan, ada parti harapan dan ada juga parti tidak punya harapan tetapi yang lebih penting rakyat tahu haknya yang paling ditakuti orang termasuk polis iaitu UNDI yang ada di tangan sendiri "

DS Shafie tidak peduli sangat banyaknya parti lokal dan yang rakyat harus sedar ialah undi parti lokal yang benar-benar jujur dan ikhlas bukan menjadi agen parti pemerintah.

Memang banyak lagi yang diperkatakan oleh DS Shafie Apdal siang tadi dan ia akan memperkatakan isu-isu  lain di lain kesempatan yang ada dan mudah-mudahan rakyat Sabah kali ini menolak parti yang usaha membinasakan negara bangsa.

Kita mahu kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat dan rakyat mahukan keperluan asas seperti jalan raya, letrik dan air. Rakyat tidak mahu paip air yang hanya minta duit rakyat dan yang berkenaan menjadikan pejabat, rumah sendiri seperti bank yang menyimpan berjuta-juta  dan bila SPRM mendapati wang berjuta, maka adalah yang mengaitkan mantan menteri lain terlibat rasuah dan subahat dengan perbuatan yang menyusahkan rakyat itu.
UbahSabah
UbahSabah