The Sabah Insider Online ....SHAFIE APDAL ASYIK DIFITNAH SAHAJA


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Selasa 15 November 2016

KEKADANG hairan juga mereka ini asyik memfitnah DS Shafie saja seolah2 tidak ada lagi kerja lain yang harus mereka angkat/lakukan.

Yang saya sertakan konon itu kenyataan DS Shafie Apdal sedang DS Shafie baru saja menghubungi saya dan dia tidak pernah berkata sebegitu dan nota ini disebar secara berantai sejak beberapa tahun lalu.

Nah, di sini sekali lagi saya sebarkan dan jawab bahawa kenyataan itu tidak benar dan DS Shafie menjelaskan yang ia tidak pernah menyatakan kata-kata itu makna apa yang disampaikan adalah FITNAH semata-mata.

Seharusnya kerajaan Barisan Nasional yang memerintah harus selesaikan masalah ini dan bukan menyalahkan orang lain.

Kerajaan masih punya laporan RCI itu dan Pairin secara tak langsung diamanahkan sedang ketua Menteri duduki kerusi Keselamatan di Sabah, lalu apakah hal ini tidak dapat mereka selesaikan tanpa libatkan Mahathir yang tidak lagi berkuasa?

Berhentilah bercakap dan memfitnah termasuk mengaitkan soal PTI ini dan kerajaan harusnya bertindak dan mengambil tindakan susulan kesan merekalah yang berkuasa.