The Sabah Insider Online.... MP BATU SAPI LINDA TSEN LAWAT PROJEK PEMBENTUNGAN

Gambar Kelihatan……..Linda (4 dari kanan) bersama pegawai lain ketika meninjau sistem pembentungan di kawasan perumahan Taman Mawar baru-baru ini


OLEH: SONTOLOYO A/L KONTOL
Saturday November 26/2016

BATU SAPI:-  Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengatasi masalah sistem pembentungan yang tersumbat di kawasan perumahan Taman Mawar yang terletak dekat Jalan Sibuga di sini.

Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah mengajukan perkara tersebut kepada perhatian JKR selepas menerima aduan daripada penduduk taman perumahan ketika lawatan turun padang beliau.

Linda bersama pegawai beliau dan JKR kemudian telah membuat tinjauan ke kawasan-kawasan terjejas iaitu di Fasa 1, 2 dan 3 termasuk mainhole yang sudah tersumbat.

Menurut Linda, sistem pembentungan yang tersumbat sejak beberapa bulan lepas kini telahpun dibaiki oleh JKR beberapa hari setelah tinjauan itu telah dibuat.

Linda berkata beliau difahamkan bahawa stesen pam pebentungan di taman perumahan tersebut masih berfungsi dan masalah hanya membabit sistem pembentungan yang tersumbat.

Hadir bersama dalam tinjauan ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.