The Sabah Insider Online...... KENYATAAN PM AKAN BINA BANYAK SEKOLAH CINA KENYATAAN GIMIK.....WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI  &
ADMIN DAP
Thursday November 17/2016

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong Tien Fatt menyelar kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak diperhimpunan Agung MCA dab LDP baru-baru ini sebagai berkata  Kerajaan BN akan membina sekolah Cina lebih banyak di seluruh pelusuk Negara.


Peruntukan untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina   juga akan ditambah dan Wong  berpendapat pengumuman ini bukan perkara yang baharu, sudah diulangi berkali - kali pada masa yang berbeza, tetapi tidak pernah menjadi kenyataan yang janji-janji manis sahaja.

 
Pengumuman Najib itu bertujuan untuk menyedapkan hati kaum cina  sahaja  inilah taktik kotor kerajaan BN namun sebaliknya tiada kesudahannya.

Dalam pada itu Wong juga melahirkan perasaan kecewa terhadap Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon yang menegaskan bahawa pengiktirafan UEC masih memerlukan masa lagi. “Isu pengiktirafan UEC dibangkitkan oleh MCA sejak pilihanraya yang lalu, sehingga pilihanraya Sarawak, Chong masih menegaskan pengiktirafan UEC akan mencapai dalam “perjalanan yang singkat lagi”.

Wong mendakwa kenyataan beliau sampai hari ini pun belum ditunaikan dan hal ini amat mengecawakan rakyat

Wong menegaskan bahawa pengiktirafan UEC tidak haruslah dijadikan perjanjian manis di pilihanraya sahaja, perjanjian harus ditunaikan.

 Layanan yang adil haruslah diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan sebagai contoh, peruntukan untuk semua aliran sekolah haruslah berdasarkan keperluan mereka, iaitu berdasarkan keperluan kawasan dan populasinya.

“Dalam perkembangan lain mengenai rusuhan kaum yang sering dilakukan oleh Kumpulan Geng Baju Merah yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Jamal Mohd Yunos  yang menjurus membawa aktiviti-aktiviti keganasan  kenapa para pemimpin parti-parti komponen seperti MCA-MIC-Gerakan-PBS LDP-UPKO dan PBRS seorangpun tidak berani menyuarakan mengenai tindakan geng Baju Merah ini seolah-olah para pemimpin BN menghalalkan perbuatan kumpulan  Baju Merah membuat kacau bilau dan huru-hara dalam negera: tegas Wong.