The Sabah Insider Online ....DAP MINTA KERAJAAN HENTIKAN AKTIVITI KUARI HARAM JEJASKAN SUNGAI PEGALAN KENINGAU


BY ADMIN  DAP (Saturday November 12.2016)

KUALA LUMPUR:- Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt (DAP) berkata bahawa oleh sebab Sungai Pegalan, Keningau selama ini menghadapi aktiviti kuari haram yang membawa kerosakan serius terhadap dasar sungai, sehingga sistem agihan air ke padi sawah dan pertanian sekeliling turut terjejas, terutamanya menyebabkan kehilangan mata pencarian petani pedalaman.

Hal ini adalah amat membimbangkan dan kerajaan haruslah mengambil tindakan secepat mungkin dan terus memberi bantuan kepada petani pedalaman untuk meneruskan penanaman padi.

Beliau membangkitkan perkara tersebut ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Jawatankuasa Pertanian dan Industria di Sesi Parlimen baru-baru ini.
 
Wong berkata bahawa Kerajaan tidak boleh mengabaikan isu ini lagi dan membiarkan aktiviti kuari haram terus dijalankan di Sungai Pegalan, Keningau kerana aktiviti haram tersebut telah menjejaskan lebih daripada 11 buah kampung yang berdekatan serta aktiviti pertanian mereka.

Oleh sebab pam air yang tidak berfungsi, ramai penduduk kampung tidak lagi menanam padi dan tanah ladang yang subur dulu, kini sudah terbengkalai.

Wong menggesa Kerajaan memandang berat terhadap isu ini dan haruslah mempromosi dan menggalakkan perkembangan pertanian dan industri Sabah, supaya membolehkan petani pedalaman terus menjalankan aktiviti pertanian sebagai mata pencarian dan dengan keadaan ekonomi dan pendapatan yang semakin baik, taraf hidup rakyat Sabah baru akan ditambahbaikan.