The Sabah Insider Online..... BULI PENGUATKUASA MBSA DENDA RM3,000 BAGI KELUARGA LOR DAN TAN MACAM RM30,00 SAHAJA


PANDANGAN KETUA  BIRO/WARTAWAN KANAN (TSI) KL
KAMARUDDIN ZAMAN
Sabtu November 26/2016

PERBUATAN  menghalang atau memperlekihkan tugas-tugas  penjawat  awam seperti Penguatkuasa   Majlis Bandaraya  Shah Alam  yang dilakukan oleh sepasang suami isteri yang dikenali  suami  Lor Ka Hoo 35 dan isterinya Tan Sit Fun 30 baru-baru ini   satu pengajaran terhadap orang lain supaya lebih berhati-hati.

Tindakan sepasang suami-isreri itu telah membawa hukuman penjara selama 14 hari dan denda sebanyak RM3,000.00 jika gagal membayar denda tersebut ditambah  lagi 7 hari menjadikan jumlah harian dalam penjara 21 hari.

Bagi Lor denda RM3,000.00 baginya macam RM30.00 sahaja sebab dia orang anak jutawan walaupun Lor dan  Tan  mampu membayar denda sejumlah itu tetapi Majistret P Saluratha tetap menjalankan hukuman penjara 14 hari juga.


APA TAKUT  KENA DENDA RM3,000.00 saya anak orang  kaya boleh bayar nanti saya buat lebih teruk lagi sama Penguatkuasa Majlis Bandaraya  Shah Alam


Ini buat satu pengajaran kepada orang-orang kaya yang banyak wang  suka-suka membuli atau menakut-nakutan penjawat awam yang sedang menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan sebagai amanah kerajaan.

Lord an Tan kini sedang meringkuk dalam penjara ini juga menjatuhkan maruah keluarganya  kenapa Lord an Tan  berani melakukan perkara bodoh itu bukan kah Negara kita punya undang-undang.

Terdapat sesetengah orang Melayu mengutuk Cina jahat soal membuat kejahatan tidak kira Melayu Cina dan India ini soal keperibadian seseorang jangan sebut soal bangsa semua bangsa yang ada di Negara ini ada yang baik ada yang jahil.

Contohnya kumpulan Geng Baju Merah semua ahli-ahlinya terdiri dari ahli UMNO sendiri  siapa dalam UMNO adakah  orang cina dan India.

Tetapi orang-orang Melayu yang menyokong kerajaan BN/UMNO tidak pula mempertikaikan soal kejahatan orang-orang Melayu seperti Jamal Yunos  jadi ketua samseng sering mengetuai buat rusuhan kaum di sana- sini yang mengancam keselamatan orang lain orang Melayu UMNO/BN tidak pula mempertikaikan  malahan disokong segala perbuatan jahil Jamal dan sekutunya.