The sabah Insider Online ……..BERCAKAP BENAR JADI SALAH PENCURI-RASUAH BERJUTA-JUTA RINNGIT PULA BEBAS TAK SALAH


OLEH ISMAILY BUNGSU
Selasa November 15/2016

MALAYSIA ini memang sebuah negara demokrasi tetapi aneh bin ajaib sebab pencuri, penipu kalangan VVIP tidak ditangkap dan yang bercakap benar hal pencuri (kalangan VVIP mencuri) itu disumbat ke penjara kesan bercakap yang sebenar-benarnya.
Undang-undang  apa namanya kalau demikian?
Kalau demikian jelas Malaysia
ini amalkan undang2 urang utan dan kekadang undang2 urang utan lagi baik banding undang2 ciptaan manusia di Malaysia kesan antara 222 orang itu ada yang akalnya lebih kurang macam urang utan.
Memang kalau demikianlah sikap Malaysia yang atasan sesuka hati merampok curi khazanah negara dan yang bising menguar-uarkan sifat dan jenayah yang VVIP lakukan segera dihantar ke penjara kelak kesannya negara bakal rosak binasa.
Kalau adapun yang usaha mahu perkatakan kebusukan dan kejahatan mereka, maka siap sudah ada ugutan dan ketua polis sendiri siap menyiasat meskipun yang bercakap di parlimen itu kebal dari segi undang2.
Yang paling teruk mereka yang tahu undang-undang  dan tahu hukum agama terus mendiamkan diri tanpa berkata apa2pun dan terus membiarkan kekejaman dilakukan oleh mereka sendiri dan kelihatannya negara kita yang dikata demokrasi ini lebih kurang sama macam kerajaan binatang.