The Sabah Insider Online …..BEBAN RAKYAT SEMAKIN BERAT DI BAWAH KERAJAAN BN-UMNO


OLEH: SORAYA EGG
Wednesday November 30/2016

1.Bila rakyat meluahkan perasaan berhubung himpitan hidup yang tidak pernah mereka lalui sejak merdeka tapi orang politik kata Malaysia lebih baik jika dibandingkan dengan negara lain.

2.Benarkah alasan itu, tapi bila kita pelajari alasan negara lain yang kos hidup mereka tinggi tetapi pada masa yang sama kerajaan mereka mempunyai skim-skim dan polisi membantu rakyatnya umpamanya upah yang munasabah dan ruang pekerjaan yang banyak disediakan dll.

3.Perbandingan kehidupan rakyat awal 80an berbanding kini adalah lebih jauh baik, sedangkan kerajaan waktu itu perlukan dana yang banyak untuk membangun dan menyediakan pasarana dari negara pertanian ke negara industri.

4.Ramai yang mengharapkan perubahan itu akan membawa kemakmuran kepada rakyat dan negara ini. Namunpun selepas itu Malaysia menghadapi turun naik ekonominya tapi keselesaan rakyat terus dipertahankan.

5.Sejak kerajaan menukar dasarnya yang dinamakan Negara Berpendapatan Tinggi yang sasaran menjelang 2020 menurut Najib, yang menjadi mangsa rakyat jelata sedang menghadapi tekanan hidup akibat dasar yang cuba dipromosikan oleh kerajaan ini.

6.Apa tidaknya beban kerajaan cuba dialihkan ke bahu rakyat untuk memikulnya dengan pendapatan relatif rendah diGSTkan yang sepatutnya menjadi simpanan di masa tua atau pendidikan anak anak terpaksa dibayar 6% kepada kerajaan.

7.Subsidi adalah satu cara agihan pendapatan negara kepada rakyat jelata terpaksa dibatalkan untuk disuntik ke dalam pembendapatan kerajaan untuk menampung tanggung jawab kerajaan.

8.Dengan penarikan subsidi terhadap barangan asas petrol,beras,gula dan minyak makan adalah penyumbang asas kenaikan barangan makanan utama kerana kesannya dalam kitaran ekonomi adalah berganda.

9.Akibat kestabilan dan aktiviti orang politik umpamanya 1MDB telah membawa kesan buruk mata wang kita adalah terendah dalam tukaran berbanding mata wang utama dunia.

10.Sekali harga barang dan perkhidmatan melambung tinggi kerana hampir 90% keperluan asas adalah di import dari luar.

11.Hanya kerajaan dapat memperbaiki keadaan ini untuk menstabilkan harga dan meningkat pendapatan rakyat untuk kembali normal dan tidak mengambil kesempatan membebankan rakyat terus menerus.