The Sabah Insider Online.... 5000 RIBU AHLI UMNO KELUAR SERTAI WARISAN DIPIMPIN SHAFIE APDAL DI DEWAN HAKKA


OLEH: SHAIMON S JUMADI
AZMIE AZMAN
Sunday November 27/2016

SANDAKAN:- Seramai 5,000 orang ahli-ahli UMNO dari lima bahagian  UMNO Sandakan-Batu Sapi-Libaran Kinabatangan dan Beluran telah keluar beramai-ramai menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Apdal.

Upacara penyerahan borang-borang kemasukan ke parti WARISAN daripada 5,000 orang ahli UMNO/BN itu telah diadakan disesi perjumpaan raksaksa dengan para pemimpin tertinggi WARISAN yang dilangsungkan di Dewan Hakka  yang sekarang masih lagi berlangsung.

Dalam ucapan Presiden WARISAN D S Shafie antara lain mengajak ahli-ahli UMNO di lima bahagian itu agar keluar dan meninggalkan UMNO/BN yang merupakan kerajaan yang dtadbir oleh para pemimpin UMNO yang penuh korap (Rasuah) dan pelbagai skandel lagi yang membabitkan wang rakyat.
 
Add caption
“Saya bersyukur  kedesaran ahli-ahli UMNO di lima bahagian ini telah mengambil satu ketetapan yang berani meninggalkan kerajaan kukuh besi ini  dan berjuang bersama-sama WARISAN  Insya Allah WARISAN akan menjadi kerajaan negeri selepas PRU14 nanti” katanya.

“Bertahun-tahun  lamanya saya  berjuang dalam UMNO tetapi perjuangan saya hanya sia-sia sahaja gara-gara saya yang mencari kebenaran dan menegur tentang isu 1MDB  saya jadi mangsa penggantungan ahli UMNO dan di pecat dari Kabinet  sebagai menteri saya redha.


“Sebenarnya dalam UMNNO sekarang teralu banyak iblis dan syaitan  kerana sering mengusik jiwa sanubari Najib sehingga Najib begitu mudah termakan hasut-hasutan dari setan dan iblis yang suka mencari kesalahan orang  lain  saya ingat tidak  salah  kalau  saya hanya menegur yang betul” ujarnya.

Dalam pada itu  ucapan  Ketua Parti Warisan Sabah (WARISAN)   Libaran Aris Melayu  menyeru ahli-ahli  WARISAN  agar sentiasa  menanamkan semangat kerjasama antara satu sama lain untuk mempastikan perjuangan WARISAN di Libaran  lebih teguh dan kuat untuk berdepan dengan calon-calon BN yang bakal bertanding  pada PRU14 nanti.

Berita selanjutnya mengenai jelajah Shafie Apdal akan disambung siarannya pada esok Isnin.