SK SERI MANIS MENERIMA SUMBANGAN 200 BUAH KERUSI PLASTIK DARI ZAKARIA ......The Sabah Insider Online

Gambar Kelihatan…….Guru Besar Bistari Asoi menerima sumbangan kerusi plastik darik Zakaria (tengah) sambil diperhatikan oleh Haji Abas

 
OLEH: AZMIE AZMAN
Monday November 14/2016

GUM-GUM :  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris telah menyampaikan sumbangan sebanyak 200 buah kerusi plastik  kepada SK Seri Manis untuk kegunaan para pelajar sekolah berkenaan.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Zakaria semasa beliau merasmikan majlis penangguhan Sukan Tahunan SK Seri Manis Kali ke 13 di sekolah berkenaan di sini kelmarin.

Guru Besar sekolah Bistari Asoi dalam ucapan beliau telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Zakaria yang selama ini amat prihatin terhadap pelajar sekolah SK Seri Manis.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Manis Haji Abas Haji Labasa merangkap pengerusi JKKK Kampung Seri Manis, pegawai-pegawai serta guru-guru sekolah , ibubapa pelajar dan Pemimpin Pembangunan Masyrakat DUN Gum Gum Kamal M Said.

Sukan Tahunan SK Seri Manis telah bermula pada Isnin lepas dan Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri telah merasmikan majlis penangguhan acara berkenaan kelmarin.

Dalam ucapan beliau, Zakaria berkata beliau difahamkan bahawa temasya sukan tahunan adalah salah satu mekanisma pelaksanaan dua teras yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangun modal insan.

“Jika kita kaitkan dengn pelaksanaan kegiatan sukan sekolah di mana setiap murid yang mengambil bahagian, nyata sekali bahawa membangun modal insan melalui kegiatan sukan dapat direalisasikan kerana melalui kegiatan bersukan murid-murid perlu menjalani pelbagai latihan sukan,” tambah Zakaria.

Mungkin bukan intensif tetapi melibatkan latihan fizikal dan latihan persiapan mental dan spiritual.  Ia boleh melatih murid-murid agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi, kata beliau.





No comments:

Post a Comment