MANA SUARA PARTI-PARTI KOMPONEN BN MIC-MCA-GERAKAN-PBS-UPKO-PBRS DAN LDP KENAPA TIDAK LARANG GENG BAJU MERAH BUAT KACAU BILAU……The sabah Insider Online



OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN (PJ)
Tuesday November 15/2016

MENGENAI kumpulan Geng Baju Merah yang diketuai oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Jamal Yunos  yang sering melakukan kekacauan dan menimbulkan pergaduhan antara satu sama lain.

Dilihat dari beberapa sudut perbuatan geng Baju Merah yang ditaja oleh UMNO ia menjurus banyak mengundang pelbagai masalah besar yang akan dihadapi oleh UMNO dan juga Barisan Nasionakl (BN) bila masa pilihanraya umum PRU14 nanti bila rakyat menolak UMNO/BN .

Sepatutnya Presiden-Presiden parti-parti komponen BN seperti MIC-MCA-GERAKAN-LDP-PBS-UPKO dan PBRS  mengambil perhatian serius terhadap kumpulan Geng Baju Merah yang diketuai oleh pemimpin peringkat bahagia dan sekaligus ahli-ahli Geng baju Merah adalah ahli-ahli UMNO sendiri.

Para ketua-ketua parti komponen BN tidak harus menyepi seribu bahasa bila melihat keganasan Geng Baju Merah yang membahayakan  orang hingga sanggup menghapuskan bangsa Cina dan India yang menjadi ahli Geng Baju Kuning.
 
Perbuatan geng Baju Merah yang yang suka membuat ketegangan dan rusuhan kaum di sana sini selain menjejaskan sokongan UMNO/BN oleh rakyat terdiri pelbagai kaum ia juga menjejaskan ekonomi Negara bila mana para pelancong asing yang kerap datang  melawat ke Negara ini tahu adanya huru-hara sudah tentu mereka takut datang ke sini lagi.

Sekarang perbuatan Jamal dan para pengikutnya akan lebih ganas lagi silap-silap ramai Cina-India yang mati ditangan Geng Baju Merah sebagai balas dendam mereka terhadap geng baju Kuning.

Disebabkan ketua-ketua komponen BN tiada suara langsung maka perbuatan Geng Baju Merah semakin hari semakin ganas  sudahlah para pemimpinan UMNO buta tuli dan tidak memperdulikan perbuatan Jamal bukan saja mencemarkan   nama baik UMNO/BN bahkan mengundang bahaya melibatkan nyawa orang lain.



TINDAKAN GANAS Geng Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Tongkol sering buat kacau bilau benar-benar jejaskan perjuangan UMNO/BN untuk menghadapi PRU14 nanti di mana suara-suara para pemimpin parti-parti komponen BN kenapa diam seribu bahasa