MPS GAGAL SELESAIKAN TANAH RUNTUH TAMAN INDAH JAYA........ WONG The Sabah Insider Online

OLEH: ADMIN  DAP
Monday October 17/2016
SANDAKAN:-  Ahli Parlimen DAP Sandakan Stephen Wong Tien Fatt mengkritik MPS dan Kerajaan BN tidak mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah tanah runtuh yang telah membawa ancaman kepada keselamatan penduduk di kawasan rumah teres Taman Indah Jaya, Fasa 2 yang telah berlaku sejak 6 tahun yang lalu .
Beliau berkata bahawa keselamatan penduduk tempatan semakin terancam ketika musim hujan menghampiri, terutama pokok di lereng bukit kini sudah subuh dan sistem perparitan telah sumbat kerana kerja pembersihan tidak ada dijalankan secara tetap dan kerap.
Wong berkata bahawa penduduk bimbang sekiranya berlaku hujan lebat, pokok-pokok akan jatuh dari lereng bukit dan berlaku tanah runtuh tanah yang akan membawa kerugian kewangan kepada pemilik rumah dan mungkin akan menyebabkan kemalangan dan pengorbanan nyawa.


“Selagi masalah ini tidak diselesaikan, penduduk tempatan asyik bimbang jika hujan lebat, maka tanah runtuh akan berlaku bila-bila, mungkin waktu malam tidur, keesokan harinya rumah sudah ditutup dengan tanah” kata Wong.
Di samping itu, Wong berharap MPS mengambil tindakan segera untuk membersihkan sistem perparitan di tepi kawasan rumah ini, supaya mewujudkan saliran longkang yang lancar. Sistem perparitan yang tidak lancar juga merupakan salah satu sebabnya penduduk Taman Indah Jaya dijangkiti dengan Demam Denggi.
Beliau juga memberi amaran kepada MPS dan pemaju swasta perumahan kerana ini merupakan rancangan pembangunan usaha sama dua pihak ini dan beliau mempersoalkan MPS mengapakah meluluskan lokasi perumahan dibina dengan lereng bukit begitu dekat sekali?
Wong juga berkata bahawa pada bulan Jun tahun ini, kes tanah runtuh telah berlaku di lokasi yang sama dan beliau telah mengeluarkan surat kepada MPS pada 3hb Jun mengenai sebuah rumah telah meluaskan rumah sehingga menghalang dan menimbulkan permasalahan sistem perparitan di kawasan tersebut, malangnya sehingga sekarang masalah ini masih belum diselesaikan dan Wong ingin bertanya MPS sama ada sedang melindungi rumah yang telah melanggar undang-undang kerana pemilik rumah ini merupakan pegawai MPS?
Masalah tanah runtuh di Taman Indah Jaya Fasa 2 melibatkan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat, MPS haruslah mengambil berat dalam menangani masalah ini dengan secepat mungkin.
Sekiranya Presiden MPS Datuk James Wong tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ini, maka beliau haruslah berundur dan meletakkan jawatan kerana pemilik-pemilik rumah yang terlibat dalam masalah ini semuanya merupakan pembayar cukai pintu dan sepatutnya dilayan dengan adil dan diberi perkhidmatan yang saksama.
Top of Form


No comments:

Post a Comment