II KEMUNGKINAN PBS-UPKO-PBRS AKAN KELUAR BN DAN BEKERJASAMA DENGAN PARTI WARISAN SABAH…..The Sabah Insider Online


OLEH: JOSEPH P ANDAU (KB)
Monday October 24/2016

PEMBENTUKAN  Parti Warisan Sabah (WARISAN) di Sabah ia  menjurus  menggugat kedudukan  parti-parti komponen di Sabah selain UMNO jadi mangsa utama tetapi  parti-parti lain turut terjejas dalam meraihkan sokongan rakyat.

Antara parti komponen turut terjejas mereka akan meninggal parti itu ialah Parti Bersatu Sabah (PBS) UPKO- dan PBRS di mana suku kaum  Kadazan-Dusun dan Murut di negeri ini telah hilang keyakinan  terhadap pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada diperingkat Persekutuan dan juga Negeri kerana terlalu banyak terlibat dalam skandel  rasuah.

Baru-baru ini satu kenyataan media yang tersiar di media-media social menyatakan 400 ribu ahli-ahli UMNO daripada 20 Bahagian di Sabah akan keluar beramai-ramai dari UMNO  dan mereka akan menyertai parti baru iaitu Parti Warisan Sabah yang diasaskan oleh Datuk Seri Shafie Apdal masa terdekat ini.

Jika benar dakwaan itu maka satu rahmat buat WARISAN kerana mendapat sokongan dan dukungan padu dari segenap lapisan masyarakat di Sabah yang melibatkan suku Kadazan-Dusun-Murut dan Bumiputera Islam sendiri untuk memimpin parti tempatan untuk sama-sama bersatu hati menentang kerajaan zalim iaitu BN/UMNO.

Sementara sebilangan rakyat Sabah tertanya-tanya kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin yang sekarang tiada khabar dan beritanya selepas beliau mengisytiharkan keluar dari PKR.

Bagi pandangan peribadi saya sebaik-baiknya Lajim turut serta menyerai Parti Warisan Sabah bersama-sama Shafie Apdal untuk berjuang habis-habisan menentang BN/UMNO pada PRU14 nanti.

Diharap Lajim tak usahlah menubuhkan parti baru ini bakal menguntungkan BN/UMNO saja  bila menjelangnya pilihanraya nanti rakyat sukar untuk mengundi mana satu parti yang harus di beri kemenangan akhirnya rakyat tiada pilihan lain melainkan undi calon-calon BN/UMNO.

Di negeri Sabah  kini mempunyai lebih 32 etnik (suku bangsa)  jika bersatu hati dengan parti Warisan Sabah sudah tentu kemenangan berpihak kepada warisan untuk menumbangkan parti sial 44 UMNO/BN itu.

Orang Sabah juga jangan lupa parti kebangsaan iaitu PKR-DAP dan AMANAH mereka juga akan bekerjasama erat dengan parti Warisan untuk sama-sama jatuhkan taktah kerajaan jahil UMNO/BN.

Boleh juga suku-suku Kadazan-Dusun-Murut yang kini masih menjadi ahli PBS-UPKO dan PBRS  ketiga-tiga parti itu keluar dari gagasan/komponen Barisan Nasional (BN) dan tinggalkan UMNO biarlah UMNO  sendiri yang memerintah kalau mampu tanpa rakan-rakan dari parti-parti komponen BN yang lain.

Sebab rakyat di kalangan ahli-ahli UMNO kalau cakap besar sombongan-bongkak-temberang dan ego terutama sekali Said Kepala Keruak cakap temberang UMNO tidak akan kalah walaupun 400 ribu ahli-ahli UMNO Sabah  keluar parti sebab UMNO masih ada stok  2.4 juta Bangladesh dn Pakistan di Negara ini boleh jadi ahli UMNO serta merta kerana mereka sudah diberikan mykad sebagai warganegara tempatan.



No comments:

Post a Comment