JIKA BENAR DAKWAAN 400 RIBU UMNO SABAH 100 RIBU UMNO SELANGOR KELUAR UMNO SATU RAHMAT BUAT PKR-DAP-AMANAH DAN WARISAN The Sabah Insider Online



OLEH: JAAFAR MOHD BADRUL (KL)
Khamis Oktober 20/2016



PETALING JAYA:- Jika dakwaan bahawa 400 ribu ahli-ahli UMNO di Sabah  dan 100 ribu ahli-ahli UMNO Selangor bakal keluar meninggalkan UMNO itu benar maka UMNO akan berdepan dengan melapetaka yang buruk bukan saja pada UMNO/BN tetapi kepada pemimpin parti itu juga.

Dalam satu kenyataan seorang ahli MIC dari bahagian Puchong  Muthu A/L Ramasamy menyatakan bahawa ramai ahli-ahli UMNO keluar parti sama ada dari Sabah dan Selangor itu termasuk ahli-ahli MIC Puchong dikatakan mereka marah dengan tindakan ganas kumpulan Militant Geng Baju Merah di bawah pucuk pimpinan Jamal Mohd Yunos Ketua bahagian UMNO Sungai Besar yang semakin hari semakin mengganas.


Disebabkan ahli-ahli UMNO Sabah takut penyakit Geng Baju Merah itu merebak dan menular kepada ahli-ahli UMNO di negeri itu maka mereka bertindak untuk meninggalkan parti UMNO buat selama-lamanya dan mereka dikhabarkan seramai 400 ribu akan menyertai parti baru yang diasaskan oleh mantan Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Hj Apdal  Parti Warisan Sabah.

Sementara 100 ribu ahli UMNO Selangor yang akan keluar bersamai-ramai itu dikabarkan akan menyertai parti baru yang diasaskan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin mantan Timbalan Presiden UMNO selebihnya mereka menyertai PKR-DAP dan AMANAH.

Jika benar dakwaan itu maka para pemimpin UMNO pusat dan negeri malam tidurpun tidak lena sebab UMNO bakal kehilangan besar ahli-ahlinya gara-gara para penyokong tegar UMNO marah atas tindakan Jamal Yunos geng baju merah yang mendapat dokongan moral dari beberapa orang ahli majlis tertinggi UMNO Pusat sehingga Geng Merah tidak takut dengan undang-undang Negara dan mereka berani menentang  tugas-tugas PDRM.

Betul juga kata Muthu kalau geng baju kuning buat kacau di sana sini laporkan saja kepada Polis biarlah  pihak polis yang bertindak bukannya Geng Baju Merah yang bertindak hingga mencederakan seorang anggota polis berpangkat Inspektor.


Sebenarnya orang Sabah paling anti kegagasan seperti yang dilakukan oleh Geng Baju Merah yang ditaja oleh UMNO.

Rakyat Sabah walaupun ramai yang menyokong UMNO/BN tetapi ahli-ahli UMNO/BN cukup sopan menjaga tatatertip takut dengan undang-undang jarang-jarang kita dengar ahli-ahli UMNO Sabah buat kecoh  di sana sini tidak sama ahli-ahli UMNO yang juga ahli kumpulan Militant Geng Baju Merah pimpinan Jamal Yunos  yang 100 peratus terlibat dalam kes jenayah jalanan membelasah orang dan membakar kenderaan awam milik ahli-ahli PKR-DAP dan AMANAH.




No comments:

Post a Comment