MUHARAM & HIJRAH PARTI



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Saturday October 01/2016

ESOK sejarah bermulanya tahun baru Islam yang diambil dari hijrahnya nabi dari Mekah Ke Madinah kerana mahu dibunuh oleh orang-orang kafir Quraish ketika itu.
Tahun baru Hijrah adalah 1 Muharm 1432 bertepatan esok hari kebetulan ahad. Di negara arab memang tahun hijrah itu diguna pakai dan beda dengan kita.
Makna hijrah itu kita kena teliti apa maksudnya dan rasanya baik juga semula kita lihat dan perhatikan dan biasanya hijrah itu makna yang jelas hijrah dari satu hal kurang baik menjadi lebih baik.
Hijrah dimaksud di sini bukan saja bermaksud pindah, tetapi juga pertukaran sikap/tingkah/cara dan tindakan diri kita yang buruk dan menjadi baik atau insaf untuk semula ke jalan Allah dan itu lebih diutamakan banding pindah dari satu lokasi ke satu lokasi.
Nah, kali ini saya tidak berbicara soal itu tetapi soal hijrah dari parti politik ke parti politik dan saya tidak mahu gunakan perkataan KATAK sebab itu menghina sifatnya sebab saya selalu melihat positifnya dan saya mahu kita berhujah secara baik dan sopan tidak menghina sesama.
Esok 1 Muharam makna waktunya terbaik kala hijrah dan apakah esok ada yang hijrah dari satu parti ke satu parti? Kita lihat dan kalau adapun mungkin kebetulan dan kalau ada kita doa sesuatu yang baik buat mereka.
Selama ini saya tidak pernah menghina mereka yang hijrah dari satu parti ke satu parti sebab itulah namanya kebebasan di negara yang mengamalkan demokrasi dan sama sekali tidak boleh kita salahkan sebab tiada undang-undang yang melarang menghukum mereka yang hijrah.
Melarang individu yang hijrah dari satu parti ke satu parti itu tidak benar seolah menyekat kebebasan, malah melanggar peraturan dan perlembagaan yang meletakkan diri bebas ke mana saja mahunya pergi.
Bila disebut perkataan KATAK ( maaf ini perkataan akhir di nota ini) selalu saja dikaitkan dengan dua tokoh kita dan sekarang sudah ada semacam penambahan dan barangkali kita usaha berfikir secara positifnya.
Memang kalau disebut Dr Jefrey Kitingan yang asyik berpindah parti, maka dialah yang selalu diperkatakan orangnya dan saya melihat tidak salah ia berbuat demikian sebab dia hijrah tidak ke parti BN yang mungkin boleh dikatakan mendapat habuan.
Dia pernah di PBS, AKAR, PBRS, PKR dan STAR dan entah apa lagi dan hijrahnya ke parti2 berkenaan tidak mendapat apa-apapun atau tidak mendapat habuan dan cara itu saya tidak lihat ada salahnya.
Seperti pesilat untuk meraih kemenangan, selalu saja pesilat itu berundur untuk menyusun langkah sebelum menyerang dan saya nampak itulah cara Dr. Jefrey Kitingan berpolitik.
Dr Jefrey sebenarnya mahu mencari tapak yang sesuai untuk ia menyerang sebab parti-parti yang ia sertai rata-rata tidak sesuai dengan kemahuan dan keinginannya selama ini dan barangkali parti STAR sebuah parti yang sesuai dengan keinginan bercakap apa saja dan perjuangan apa saja. Lalu itu tentunya tidak salah dan itu sebab selama ini tidak pernah saya sentuh sikapnya itu meski ramai yang mengutuknya. Dia kawan baik saja sama seperjuangan dan sama masuk keluar kampung berceramah pidato politik.
Hijrah DS Panglima Lajim juga lebih kurang sama dan kala di PBS dia melihat PBS sukar mahu hidup dan sukar membantu rakyat kalau terus bertahan sebab WANG DISATUKAN itu kuasanya kerajaan persekutuan dan keadaan PBS ketika itu nyawa2 ikan dan terbukti PBS sendiri akhirnya sertai BN dan ramailah mendapat kerusi jawatan menteri di negeri dan juga persekutuan. Inilah hakikatnya dan yang mendapat jawatan itu terserah apa mahu dikatakan.
Bila DS Lajim lihat di UMNO tidak berubah dan terus memiskinkan Sabah dan Sabahan terus merupakan negeri termiskin dan pendidikan asas tersorot, maka ia hijrah pula ke KEADILAN dan kala hijrah ke keadilan, ia meninggalkan kerusi menteri gaji beribu dan kemudian meninggalkan banyak keistimewaan yang jarang orang lakukan dan hijrah itu sebenarnya menuju bala dan rugi dan apakah itu salah demi perjuangkan rakyat?
Nah, dalam keadilan beribu-ribu dananya habis untuk bangunkan parti dan ini pernah saya katakan kepadanya bahawa gunung kalau dicangkul akan merata jadinya macam padang jarak padang tekukur atau kepala bisa botak jadinya alias bisa gila sewel memikirkan.
Nah, berdasarkan apa yang saya nyatakan di atas jelas kalau dilihat positifnya itu tidak salah dan yang salahnya itu kesan hijrah mereka dapat habuan berjuta atau janji kerusi menteri dan segala macam dan itu tidak baik samalah maksudnya menjual negara bangsa.
Kemudian kita perhatikan pula hijrahnya DS Shafie Apdal. Kalau dikira Shafie  insan paling setia terhadap kepimpinan tetapi Shafie sebenarnya lebih setia kepada pengundinya. Shafie menangi kerusi itu amanah dan amanah itu satu tanggungjawab yang cukup berat.
Shafie hanya bertanya di kabinet soal dana 1MDB dan ia minta penjelasan dan kalau salah diambil tindakan dan pertanyaan2 itu tidak disukai oleh Najib dan kesannya Shafie bercakap di umum, lalu difitnah konon DSSA sekongkol dengan pembangkang satu pentas bersama dan itulah kesannya dia dipecat dari kabinet yang memang hak PM dan kemudian digantung sebagai Naib Presiden dan keahlian dan akhirnya Shafie sendiri letak jawatan dan keluar meninggalkan UMNO parti yang ia sayang sangat.
Nah, sekarang ini Shafie masih ahli bebas dan partinya cuma tinggal menunggu kelulusan ROS untuk luluskan LOGO dan Nama parti dan itu kena sabar menunggu.
Nah, kasus yang dikatakan itu juga dinamakan hijrah dan tidak salah samalah istilahnya kalau kita beristeri dan isteri selingkuh, maka harus ditinggalkan sebab dayus namanya dan bila disebut dayus makna dosa besar dan samalah juga dengan parti kalau atasan buat kemungkaran/korup/curi dana rakyat, maka harusnya ditinggalkan/kalau tidak itu namanya sama subahat dan berdosa bakal dihukum di akhirat nanti kebetulan pemimpinlah yang pertama masuk neraka jika tidak amanah.
Terkait YB Darell juga sama kesan ia merasakan setelah bertahun-tahun PKR tidak dapat merubah keadaan, maka tidak salah dia beralih angin dengan harapan akan dapat merubah keadaan setelah plan A tidak ketemu kejayaan dan mungkin saja plan B akan membawa kejayaan dan itu semuanya sudah difikirkan dan lagi ia tidak ke BN sebalik sama ke pembangkang dan sayangnya sama parti PKR masih tersimpan di lubuk hatinya tetapi ia mahu bertapak di satu lokasi yang lebih baik dan itu tidak salah.

Demikian pandangan dan pengertian saya kala melihat dari d
lobang dunia positif soal hijrah dan bila disebut hijrah itu maka terkait muharam dan apakah esok akan ada yang mahu hijrah?
Jika ada yang mahu hijrah, diucapkan selamat hijrah dan selamat maju jaya dan barangkali ada juga kebaikannya atau hikmahnya kesan hijrah itu dan mudah-mudahah ketemu esok.
Salam tahun baru Islam yang kita namakan Muharam.


SEJARAH BERMULA SIAP SEDIALAH SABAH BARU


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Saturday Oktober 01/2016
SEBELUMNYA  di parlimen rata-rata tionghua dan jarang orang kita/kita orang dan kalau adapun hanya cubit-cubit sayang dan kekadang cubitan mengenal lalu diam membatu tanpa suara dan yang nampak perutnya memboroi mendepani keadaan.
Sekarang beda sedikit di pantai barat ada seorang non muslim anak muda suaranya terdengar dan sesekali menyingga tetapi di sekitar seolah berbagai rimau, uran utan dan segala macam suaranya tersimpan di poket celana tetapi tidak pernah berhenti terus menyalak yang kekadang ular, anjing, badak dan segala haiwan ketakutan lari lintang pukang. 
Sekadar mengingatnya katanya seorang rendra kala berpantun dan seingat saya begini bunyinya:
Terang bulan terang di kali
Buaya timbul di sangka wali
Katanya ada TRANSFORMASI
Nyatanya ada korupsi di sana sini
Kalau ada sumur di ladang
Jangan diintip gadis yang mandi
Koruptor akalnya panjang
Peguam dan hakim diajak kompromi
Begitulah dan kali ini hadir seorang Shafie yang memang afdal dan bakal menjalar lingkar di parlimen dan suaranya bebas tidak lagi dikongkong oleh etika kabinet yang menekan dan menyekat laluannya untuk bersuara dan tentu saja ia akan berburu
Berburu ke padang datar
Mendapat janda belang di kaki
Koruptor terbang bersiar-siar
Wang rakyat dibawa lari
Berakit rakit ke hulu
Berenangnya kapan kapan
Pencuri kecil di buru melulu
Perompak besar dimuliakan
Ah ini kalilah pertembungan dua insan yang sudah dibaca hati nuraninya sebab sesudah lama di parlimen dijaganya nasional, kita merasa mereka kembali ke akar budaya bangsa atau dinamakan WARISAN dan mereka berdiri di tanah warisan tercinta namanya sambil ada yang berpantun. 
Kura kura dalam perahu
Buaya darat di dalam sedan
Ada pemimpin tak boleh ditiru
Korupsinya gila-gilaan
Si tukang riba disebut lintah darat
Si hidung belang disebut buaya darat
Pedagang banyak hutang itulah korporat keparat
Mereka yang berhutang yang bayar lha kok rakyat?
Aduh cantiknya si janda kembang
Sedang menyanyi si Jali Jali
Hujan emas di rantau orang
Banjir hutang di negeri sendiri.
 Begitulah kita akan lihat perubahan dan kita akan lihat keadaan demi masa depan negara bangsa kita. dua pemimpin yang berpengalaman dan anak muda seorang peguam akan tampil berwajah baru demi sabahan dan sabah. 
Keduanya bakal menggegarkan dan perubahan yang kali ini bukan cubaan seperti katanya P Ramlee tetapi merupakan kenyataan dan seluruh rakyat sabah akan bersatu padu dan akan sama bergerak seiringan satu rasa, satu hati, satu jiwa meski ada tangki biru atau br1M tetap mereka ambil dan undinya namanya BN tidak sekali. 
Sekali kena tipu terkenalah jerat tetapi untuk kedua tidak mungkin dan siapkan gantian ke sungai buluh siap menanti yang pasti tiba ada sebuah kerajaan seorang PM ketuanya nanti.
salam bahagia
ubah sabah
sabahan for sabah


MARINA......ZAHID SEHARUSNYA BERBAHASA MELAYU DIPERSIDANGAN PBB

OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN
Friday Sept. 30/2016

KUALA LUMPUR: Selepas pelbagai komen mempersoalkan kebolehan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertutur Inggeris susulan tersebar video ucapannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini, Datin Paduka Marina Mahathir menasihatkan pemimpin Malaysia yang tidak fasih bahasa itu memilih berucap dalam Bahasa Melayu.

 
Anak sulung Tun Dr Mahathir Mohamad itu memberitahu portal The Sabah Insider Online sekiranya mahu juga berucap dalam bahasa Inggeris, mereka perlu menghadiri kelas meningkatkan penguasaan bahasa itu.

Marina mengulas pelbagai kritikan terhadap timbalan perdana menteri itu selepas klip video ucapannya pada sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan Agung PBB di New York mula tersebar sejak semalam.

Zahid dilihat menghadapi kesukaran menyebut beberapa istilah Inggeris ketika ucapan itu, dan juga tersilap merujuk Datuk Seri Najib Razak sebagai “presiden Najib”.

Marina berpendapat Zahid sepatutnya memilih berucap dalam Bahasa Melayu.

“Ahli politik perlu tahu mereka ada pilihan berucap dalam Bahasa Melayu,” kata Marina, yang berkata ucapan itu akan diterjemahkan.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan sikap sesetengah pihak yang mengkritik kebolehan Zahid bertutur bahasa Inggeris.

“Beliau mencuba,” katanya. “Cuma beliau berucap pada pentas yang besar,” tambahnya.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad juga berpendapat Zahid sepatutnya memilih berucap dalam bahasa kebangsaan contoh Republic of China, Jepun-Korea dan Indonesia di mana Presiden atau wakil Presiden dari negara-negara tersebut mereka menggunakan bahasa ibunda mereka semasa berucap di sidang PBB apalah kalau Malaysia ikut macam negera-negara yang dimaksudkan itu.

"Daripada berbahasa Inggeris orang tidak faham sehingga jadi isu besar seluruh dunia atas kelamahan pemimpin UMNO/BN Malaysia bertutur dalam bahasa Inggeris" katanya.


MP BATU SAPI TURUN PADANG TO INSPECT PUBLIC FACILITIES AT BANDAR RAMAI-RAMAI OF JALAN LEILA

PICTURE SHOW…..Linda (middle) inspects public facilities opposite Bandar Ramai Ramai in Jalan Leila

 
BY HAJAH SALMAH YEE ABDULLAH
Friday Sept. 30/2016

SEKONG:-  Batu Sapi Member of Parliament Datuk Linda Tsen Thau Lin met with her constituents during her routine “turun padang” programme.

Linda’s recent visit saw her meeting members of the business community and local folks in Bandar Ramai Ramai and Bandar Leila areas located along Jalan Leila.

According to Linda, her “turun padang” programme would enable her to personally meet and listen to the grouses aired by the people.

All information gathered would be compiled to enable her to work with the relevant authorities to address the issues raised by her constituents.

Members of the business community and local folks whom Linda met were thankful to her for taking the time to listen and find solutions to problems affecting her constituents.

Also present was Batu Sapi Member of Parliament Office Head Liaison Officer Kong Nyuk Thou.




KEMBALIKAN KUASA POLITIK SABAH RAKYAT TOLAK UMNO/BN


OLEH: SORAYA EGG
Friday Sept. 30/2016

1.SEJAK kebelakangan banyak dibicarakan isu penyatuan parti parti pembangkang tempatan Sabah sebanyak 13 buah parti yang layak bertanding PRU14.

2.Namunpun ada usaha usaha penyatuan melalui USA tetapi hanya lah merupakan ikatan longgar dan tidak ada seberang perkembangan setakat ini malahan dilihat cuba berdiam diri berhubung isu isu yang dihadapi oleh kerajaan kalau adapun hanya sekadar melepas batuk di tangga.

3.Kehadiran Datuk Seri  Shafie Apdal berasaskan parti tempatan menghangatkan kembali politik Sabah dan mendapat sambutan yang baik dari rakyat Sabah di mana setiap jelajah dapat menghimpun orang awam 8,000 hingga 20,000 untuk mendengar amanat dan penerangan Shafie.


4.Namunpun parti beliau dalam proses akhir penjenamaan semula telah ramai ahli ahli UMNO dan orang awam dan beberapa wakil rakyat bersedia bergabung dengan parti beliau sebaik pelancarannya dirasmikan.

5.Kemasukan pemimpin pemimpin muda KDM telah membawa nafas baru dan keyakinan orang ramai semakin meningkat bahawa mampu menghadapi UMNO dan Musa semasa PRU14 seterusnya dapat mengembalikan maruah politik Sabah yang selama ini berlindung di bawah ketiak UMNO sehingga harus berbisik kepada Najib untuk mendapatkan hak rakyat Sabah.

6.Shafie akan menghimpun pemimpin baru bertenaga muda untuk melatari partinya kelak yang bebas dari korupsi dan berakhlak tinggi takut kepada Allah demi membangunkan negeri ini yang jauh ketinggalan berbanding Malaysia Barat.

7.Selain jadi tumpuan kerjasama parti lokal dan menjadi keutamaan kerjasama peringkat Nasional di khabarkan Shafie tak sabar menunggu hujung tahun ini akan terbentuk satu kerjasama politik meliputi Sabah-Sarawak-Semenanjung dalam satu wadah bergerak bersama untuk membentuk Malaysia Baru(Kerajaan pusat dan Negeri)

8.Jika kerjasama ini ujud kemungkinan parti luar DAP dan PKR akan diserapkan dalam parti pimpinan Shafie dan akhirnya hanya UMNO sahaja yang tinggal parti luar berhadapan dengan semangat S4S.

9 Apakah SAPP dan STAR Sabah mampu bersendirian berhadapan BN atau pun mengambil peranan sebagai peranan PAS untuk memecahkan undi untuk memberi kelebihan pada UBN.

10.Rakyat Sabah sudah pasti mahu perubahan skala besar, memajukan rakyat adalah tanggungjawab setiap pemerintah tetapi yang penting nawaitu dan roh sesebuah kerajaan.


KADUK MENANG SORAK KAMPUNG DIGADAI


( cerita tiga kampung bakal milik orang?)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday Sept 30/2016

SEBELUM ini saya menulis dua tiga nota. Saya tidak menuduh tetapi saya bertanya dan pertanyaan saya tentunya memerlukan jawaban bukan putar alam atau putar belit macam ular. teringat kata-kata " jumpa ular dan keling, baik bunuh keling dulu sebab keling pemusing" itu kata-kata abad ke-15. Jangan marah saya!

Nah, rupanya di sekitar kita ini banyak sangat macam ular pemusing dan memutar belit dan yang terbelit orang kita/kita orang dan barulah kamu terasakan bagaimana hebatnya pembelit. sang ular memang kebilangan dan pemusing nombor satu.

Saya tidak menuduh tetapi saya bertanya dan kalau saya menuduh saya tentunya bisa ditangkap dan bakal masuk penjara dan itu menyusahkan perjuangan saya untuk terus menulis.

" Haji hati-hati kala menulis sebab sekarang banyak sangat akta yang boleh memenjara dan perjuangan kita masih jauh " Itulah nasihat DS Shafie Apdal kepada saya dan kemudian Darell Leiking yang juga seorang peguam selalu menghantar nota melalui whatsapp untuk maksud saya berhati-hati dan itu tandanya mereka sayang kita dan tidak mahu hidup dalam penjara. terima kasih duhai sobatku.

Nah, kasus tiga kampung itu makanya saya bertanya kepada Mayor DBKK apakah benar ketua menteri telah memberikan surat lulus untuk menjadikan 3 kampung sebagai mangsa pembangunan untuk didirikan perumahan meski Ketua menteri sudah berjanji akan meneliti dan mengambil tindakan?

Ketika ketua menteri menyatakan akan meneliti dan mengambil tindakan, lalu saya bertanya TINDAKAN YANG BAGAIMANA? tidakan memberi kelulusan penduduk kampung membina rumah kesan mereka sekarang ditempatkan di tempat lain atau tidakan meluluskan kepada syarikat perumahan?

Lalu Mayor di DBKK tidak menjawab sebab soalan saya itu soalan MAUT yang menjadikan dia serba salah dan kesannya dia perintah pula orang lain melaporkan ke polis konon kasus penjualan LOT sedang penjualan LOT tidak benar menurut orang kampung di sana sebab memang ada mereka kutip duit untuk tujuan menimbus bukan jual lot.

Kenapa mereka marah jual lot? Tentunya sudah ditentukan itu milik syarikat perumahan dan tidak mahu menjadi persoalan kemudian. Nah, saya tanya apakah benar ada kelulusan untuk syarikat perumahan yang bakal membina rumah mewah harga setengah juta setiap unit? Adoh, kalau saya yang meluluskan dan syarikat menghadiahkan saya 2-4 kondo free bukankah saya untung RM2 juta?

Kesihan mereka penduduk tiga kampung tinggal di lokasi penempatan yang usang dan buruk tak terurus/itu katanya Datuk Jumat yang baru saja SMS agar bertindak dan jangan mendiamkan diri sahaja tetapi saya puji YB Jumat/kawan baik saja itu bertindak secara diam dan katanya ketua menteri telah mengambil tindakan. Apa saja tindakan yang dimaksudkan itu. Lagi-lagi pertanyaan maut tak akan dijawab sebab sudah terang nak bersuluh lagi tertusuk belati ke dada dan itu membawa maut. YB dengar tak?

Ramai penduduk kampung di sana menghubungi saya dan berterima kasih kerana saya menulis kesulitan mereka dan tugas menulis dan menguar-uarkan memang tugas saya kerana Allah dan kerana rasa simpati sama dan kekadang memang saya sedih sangat memikirkan kasus ini.

" Orang luar Sabah begitu mudah mendapatkan tanah beribu ekar atas nama syarikat yang ditanami sawit, tetapi orang lokal mendapatkan tanah untuk LOT rumah susahnya bukan main dan tentunya untuk kubur lagi susah nanti/kalau begitu jadikan saja sungai Likas semaca sungai Gangga mayat dibakar dan dibuang di sungai Likas " Kata Jamrin Wahit yang memang tinggal Sepanggar dan menulis dengan rasa panas hati.

Saya sudah katakan soalan maut saya tidak akan ada jawaban dan sudahnya ada yang menyatakan dan ketemu yang berkenaan kononya memang sah tiga kampung itu bakal tergadai dan samalah macam Pak Kaduk menang sorak kampung kena gadai. Nak benci saya, silakan saja kesan saya tak ada kepentingan.

Memang kesihan dan saya tidak punya kuasa sebab kuasa semuanya di tangan seorang Musa Aman yang duduki pengerusi Kabinet dan YB Karambunai tentu tahu dan mana mungkin dia lepas tangan sedang Datuk Jumat bukan ahli kabinet dan dia juga tiada kuasa terutama sekarang dia digantung keahlian selama 6 tahun.


SOALAN MAUT ATAU KEBUDAK-BUDAKAN


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday Sept. 30/2016

YANG meletihkan saya bila ada soalan kebudak2an di laman sosial terutama di grup Whatsapp. Kekadang saya terlepas pandang tetapi mereka katakan itu soalan maut  Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) tak bisa jawab dan memang kekadang soalannya kebudak2an dan tidak semua saya layan.

Yang terbaru Panglima Hitam banyak sangat menyalahkan DS Shafie dan sebelum ini banyak pertanyaan bahawa apa saja yang Shafie lakukan terhadap Sabah.

Shafie duduki menteri persekutuan dan Shafie kena jaga seluruh Malaysia bukan semata Sabah dan kalau dia menumpu Sabah semata atau Semporna maka itu namanya tidak adil dan Allah akan hukum Shafie sebagai pemimpin berat sebelah.

Sekarang Shafie tidak lagi duduki kerusi persekutuan, maka itu yang menyebabkan dia punya masa kelilingi Sabah dan jelaskan apa sebenarnya.
Masa duduki kerusi kabinet persekutuan, Shafie kena akur ETiKA KABINET bahawa apa saja persoalan kena bincangkan di kabinet dan tidak boleh terus ke parlimen dan kalau majoriti kabinet setuju maka barulah dibenarkan.

Ahli kabinet tidak boleh suarakan sesuatu yang memudaratkan parti meski BENAR dan bila bercakap di luar hal parti itu makna melanggar ETIKA KABINET dan itu sebabnya Shafie dipecat dari kabinet. Memecat ahli kabinet memang kuasa seorang PM selaku pengerusi kabinet. Itu FAKTA bukan Auta.

Panglima Hitam nama palsu diharap hatinya tidak hitam dan dia menghentam Shafie konon soalanya merupakan soalan maut yang tidak boleh dijawab oleh seorang Shafie. Soalan itu jelas soalan kebudak-budakan yang harus banyak belajar dan banyak membaca lagi.

Di Malaysia ini memang aneh ada dua kerajaan, satu kerajaan Negeri dan satu kerajaan persekutuan. Semua yang mahu jadi penulis politik atau ahli politik kena faham fungsi kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan ini.

Kita ke pokok persoalan dan Panglima Hitam kata soalanya itu soalan maut Shafie tak boleh jawab dan saya juga ia katanya konon tak boleh jawab sebab soalannya MAUT.

Panglima Hitam jelas kurang ilmu dan kena belajar peraturan TRESURY INSTRUCTIONS atau "TI" dan kemudian kuasa kerajaan negeri dan juga kuasa2 DO di Sabah.

Memang benar Shafie duduki menteri di persekutuan dan punya peruntukan bilion dan peruntukan yang ada di Kementeriannya itu ia salurkan ke kerajaan negeri Sabah dan kekadang masuk ke Jabatan Pembangunan Sabah dan kemudian disalurkan ke Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Dari Kementerian Kewangan kekadang terus disalur ke Pejabat Daerah masing-masing di Sabah dan di situ meskipun sudah ada individu datang ke KL untuk mohon peruntukan itu belum tentu haknya dan bila sampai ke pajabat daerah, maka tuan DO kena hubungi YB MP/Dun di kawasan berkenaan.

Pernah berkali-kali yang berusaha turun naik di pejabat  Shafie di Kuala Lumpur dan bila sampai ke Daerah kesan dia tidak menyokong YB berkenaan maka peruntukan itu dicantas dan YB kononya memberikan kepada orang lain dan sikawan gigit jari.

Nah, Panglima Hitam kena faham istilah tender tertutup, terbuka, terhad dan TERBUKA dan kena faham juga yang disebut Quatation. Jika tak faham kena tanya pegawai kerajaan dan kena tanya yang kerja di bendahari atau kementerian kewangan.

Pernah Shafie salukan peruntukan sekitar 100 juta untuk bakalan air di Kota Marudu dan itu dikuasai oleh Kementerian Kewangan dan bila peruntukan disalur ke Sabah maka Shafie langsung tidak ada kuasa, malah Dr Mix yang MP Kota Marudu juga kehilangan kuasa sebab projek dekat 100 juta. Mata membesar melihat jutaan untuk penuhkan kantung sendiri.

Siapa yang dapat? Maka itulah kuasa kementerian kewangan dan mesti kelulusan Ketua Menteri sendiri melalui setiausaha tetap Kementerian di maksud jika dikasih secara AWARD dan di sini jelas kuasa itu kerajaan Negeri dan bukan DS Shafie Apdal. Kasus dekat 100 juta projek air Kota Marudu itu terbantut tiga tahun kesan berebutan siapa yang dapat kontrak. Faham?

Kasus dan peraturan kewangan ini kena faham dan bukan komen membabi buta dan menyalahkan DS Shafie sendiri dan cara itu tidak benar dan kasus ini sudah berkali-kali saya jelaskan dan nampaknya soalan yang dikatakan MAUT itu adalah soalan sampah dan soalan kebudak-budakan yang main hentam keromo.


1IMDB DAN PENDATANG ASING


( TS Pairin diamanah selesai kes ic & PTI)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday Sept. 30/2016

SETIAP yang peggang jawatan baik dalam kabinet negeri atau persekutuan punya peranan masing-masing yang telah ditentukan.

Meskipun kekadang tidak kedengaran bercakap di luar, sebalik/sebenarnya beberapa isu sudah dijelaskan dan disuarakan dalam kabinet baik di negeri atau persekutuan.

Setiap masalah baik negeri atau masalah di nasional akan dibincang di kabinet negeri dan yang dipersetujui secara majoriti maka itulah maknanya keputusan kabinet dan yang minoriti kena akur keputusan kabinet.

Itu sebab kekadang ahli kabinet tidak boleh melanggar etika kabinet untuk bersuara di luar kabinet dan jika ada yang melanggar peraturan itu maka yang terjadi pengerusi boleh memecat/gantung ahli kabinet berkenaan dan itu yang terjadi terhadap DS Shafie Apdal yang dikatakan sekongkol dengan pembangkang mengkritik Najib meski itu sebenarnya fitnah.

DS Shafie menghubungi saya sebentar tadi dan mengatakan ada yang mempersoalkan kenapa saja DS Shafie tidak memperkatakan soal pendatang asing tetapi lebih fokus kepada isu 1MDB yang dikatakan tiada kaitan dengan rakyat di Sabah.

" Dana berbilion-bilion itu dana milik rakyat dan kemudian kesan RM52 bilion itu tidak tahu ke mana perginya pasti membantutkan pembangunan negara dan bila pembangunan negara terbantut, maka cara kerajaan mendapatkan dana ialah dengan mengorek poket rakyat melalui GST dan ini secara tak langsung melibatkan rakyat di kampung. kenyataan kononnya rakyat Sabah tidak terlibat jelas tidak benar " demikian dijelaskan oleh DS Shafie Apdal.

Sekarang ini kesan harga minyak merundum, sawit jatuh harga dan ringgit tersungkur menyebabkan pendapatan negara tidak lagi seperti dulu dan kerana itu kerajaan terpaksa mencari sumber cara lain.
Najib telah menjelaskan tanpa kerajaan melaksanakan GST tentu kerajaan tidak akan terdaya membayar gaji perkhidmatan awam dan kerajaan berkemungkinan akan muflis dan kerana itu untuk atasi semua masalah maka Najib sendiri arahkan agar GST dilaksanakan.

" Berdasarkan kewangan negara agak susah dan disusahkan kesan 1MDB, maka GST dilaksanakan dan alasan rakyat Sabah tidak ada kaitan dengan masalah 1MDB adalah tidak benar " katanya lagi dan kesan DS Shafie Apdal tahu maka itulah ia suarakan di kabinet dan kemudian ia suarakan lagi di luar kabinet dan kesannya ia dipecat dan keahliannya dalam UMNO digantung.

Menyentuh soal pendatang asing di Sabah dan ia jelaskan memang sudah pernah disuarakan di kabinet dan kerajaan sendiri telahpun menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja(RCI) dan keputusannya telahpun diperolehi dan Kerajaan Sabah seharusnya mengambil berat perkara ini dan sejauh mana ianya diambil tindakan, maka Kerajaan bawah pimpinan Najib harus telus menjelaskan isu berkenaan.


" isu pendatang asing ini sudah berkali-kali dibahas bincang, malah parti pembangkang sendiri sama ikut memperkatakan hal berkenaan dan apa yang kita mahu laporan RCI itu diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan mendapat laporan daripada JK RCI tersebut" Kata DS Shafie Apdal lagi.

ENJELASAN DARREL KENAPA BERSAMA SEORANG WIRA BAJAU MEMANG MEMBANGGAKAN!!



OLEH: HJ HAMZAH HJ ABDULLAH
Khamis Sept. 29/2016

SAYA  membaca penjelasan agak panjang lebar YB Darrel, seorang pemimpin ethnik Kadazan, kenapa sanggup berjuang bersama seorang wira ethnik Bajau YB  Datuk Seri Shafie Apdal.

Intipati hujjah beliau lebih kepada mementingkan politik perpaduan antara ethnik berbilang kaum dan agama di Negeri Sabah. Beliau menyarankan agar dihentikan segera polemik politik yg bersandarkan rasa prejudis dan kebencian kaum.

Syabas YB Darrel!! Moga konsisten atas prinsip dan pendirian yg murni ini. Umat Islam Penampang tentunya berharap agar penentangan penubuhan sebuah masjid di Daerah tersebut dapat juga dikendurkan.

AMANAH Sabah kekal dengan pendekatan prinsip memartabatkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

Walaupun AMANAH adalah parti MALAYA, ia pasti berbeza dari sudut roh dan fizikalnya dengan parti UMNO MALAYA yg lebih dikenali dgn brand penjajah bentuk baru.

Track politik pimpinan AMANAH Sabah boleh diukur dari komitmen serta pencapaiannya pada usia sesingkat 1 tahun. Kami telah membuktikan bahawa kami memahami prioriti yg mesti didahulukan dlm perjuangan memartabatkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

Pengorbanan masa dan wang ringgit sudah terbiasa dlm jiwa kami. Sesungguhnya kami adalah anak2 Sabah yg telah dididik dan ditarbiyyah untuk tidak menjadi opportunis politik!!


TAJAMNYA MATA PENA


( fokas bidang media)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Thursday Sept. 29/2016

PENA itu lebih tajam banding belati. Pemimpin atasan lebih takut dengan nota/mata pena dan itu bisa menjadikan mereka tersungkur jatuh tak bangun-bangun.

Itu sebab banyak negara di dunia kebanyakannya tersungkur bila kaum penulis/wartawan tidak lagi sebelahi mereka dan sekarang ini banyak kerajaan di barat/timur selatan utara jatuh tersungkur kerana media laman sosial.

Laman sosial seperti facebook, grup facebook, twitter, grup whatsapp cukup bahaya, apa lagi kalau2 semua digunakan untuk menyerang tetapi di Malaysia ini yang saya perhatikan ramai suka sangat hanya di grup WHATSAPP dan ini sebenarnya tidak cukup.

Grup Whatsapp keahliannya hanya sekitar 256 orang sahaja dan biasanya ahli2 terdiri teman-teman dalam parti dan kesannya berita atau bahan tidak menyebar secara pantas dan kesannya tidak begitu secepat kilat.

Misalnya saya perhatikan hanya sekitar 3 grup Facebook PKR sahaja yang wujud di Sabah dan di Sarawak langsung tidak saya temui.

Yang ada semuanya saya cipta sekitar 100-120 grups seperti grup Facebook PKR Kuching, Samarahan, Bintulu, Lawas, Bareo, Miri, Sarikei, Hulu Rejang, Lubok Antu, PKR Sabah Sarawak dan banyak lagi.

Sementara di Sabah, saya cipta PKR Nabawan, Sandakan, Kinabatangan, Kudat, Sipitang, Tenom, Dandun, Pitas, Kiulu, Kinabatangan, Silam, Papar, Membakut dan sebagainya.

Tak terkira grup Facebook lain seperti KALA JANTUNG BERDEGUP ahli 140,000 orang, Wajah Sabah, DSSA dan banyak lagi termasuk juga grup di Semananjung yang saya sendiri dilibatkan sebagai admin.

Barangkali semuanya keahlian di sekitar dua juta orang dan ini belum dikira blog, Twitter dan banyak lagi.


Tetapi sayang sekali orang politikus terutama mereka yang duduki kerusi parti ada pula yang tidak kesah hal-hal  ini sedang semuanya ini amat penting sekali tetapi mereka itu asyik sebuk di grup WHATSAPP yang ahli limit tidak lebih 256 orang dan kekadang perbincangan hanya terhad di kalangan mereka-mereka sahaja dan orang lain tidak dilibatkan, lalu bagaimana mahu menarik ahli untuk sertai parti dan menjadi pengundi menangkan parti di PRU mendatang?

Terus terang di dalam parti Penerangan dan Komunikasi harus memainkan peranan dan termasuk STRATEGI dan harusnya JK ketiga jawatan penting ini dibentuk satu jawatankuasa agar di daerah masih-masih ada pengerusi untuk menggerakkan dan mencipta grup2 di cabang masing-masing.

PRU14 dijangka sekitar Mac-Ogos tahun 2017 dan difahamkan sesudah raya tetapi kalau yang berkenaan asyik mendiamkan diri dan tidak bergerak dan tidak berkerja secara keras maka saya lihat BN semula berkuasa.

Nah, kerana itu pengerusi parti atau yang berkenaan harus semula memikirkan hal ini dan harus bergerak secara cepat, tangkas yang boleh menggerunkan musuh politik.

Sekarang ini memang banyak sangat ISU dan kalau yang berkenaan dapat memainkan peranannya maka tidak hairan BN akan tersungkur di PRU14 akan datang.


TIGA KAMPUNG BAKAL TERGADAI?


( YB Jumat saja ada bantu kami)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Sept. 29/2016

KENYATAAN Mayor  Dewan Bandaraya Kota Kinabalu- (DBKK) dan PMM Manjah yang penduduk kampung jual lot dipertikaikan oleh penduduk di ketiga kampung berkenaan dan beberapa orang dari kampung itu tampil menjelaskan dan barangkali perlu diperhatikan.

Alasan menjual lot semacam direkacipta untuk membolehkan syarikat perumahan merampok kawasan tiga kampung berkenaan untuk dijadikan perumahan dan menguntungkan yang yang berkenaan dimana mungkin saja ada orang-orang tertentu ada kepentingan di sana.

" Kami orang miskin dan tidak memohon tanah beribu ekar dengan balaknya sekali dan yang kami mahu hanya satu lot untuk mendirikan rumah dan itu saja " Kata Jalihah Suide yang saya temui kelmarin.

Sementara Ajis Ajis yang juga penduduk asal di sana menafikan yang mereka menjual lot2 yang diperuntukan kepada mereka.

" Kami hanya kutip sedikit dana untuk proses menimbus tanah berkenaan dan itupun demi ada rumah maka kami terpaksa berkakai mencari duit pinjam keluarga terdekat " Katanya sambil ia merasa sedih sangat.

" Kalau tiga kampung itu diambil untuk perumahan, lalu di mana pula mereka mahu mendirikan rumah dan mereka itu bukan haiwan yang boleh tidur di bawah jambatan likas atau depan rumah ketua menteri " KatanyaSahar Hj Mantamin sambil di wajahnya jelas terbayang sedih sangat.

Ini bukan soal politik sebalik ini soal kemanusiaan dan konsep rakyat didahulukan harus diusahakan dan diutamakan.

Orang luar Sabah boleh mendapatkan tanah beribu ekar untuk kayakan diri sedang rakyat yang sudah untuk membina rumah sekadar diam berlindung bersama anak bini tidak dibenarkan, lalu kerajaan apa namanya ini?

" Hanya Datuk Jumat saja yang datang membantu kami dan YB lain macam acu tak acu sahaja, malah ketika dibenarkan tinggal di dewan Likas ada YB kawasan datang marah-marah dengan bahasa kesat dan jelas itu YB kurang adab dan tak beradat langsung " Kata salah seorang yang ditemui dua hari lalu.

" Kamu lihatlah di PRU-14 ini nanti, siap kamu kami kerjakan dan kami menyesal mengundi BN selama ini" Itulah kata-kata mereka.


SHAFIE TUBUH PARTI BARU BUKAN KERANA GILA KUASA ATAU JAWATAN


OLEH” ISMAILY BUNGSU
Khamis Sept. 29/2016

DATUK Sri  SHAFIE APDAL dipecat dari jawatan menteri hanya sekadar menegur PM kasus 1MDB. Tegurannya hanya bertanya dan jika salah ia mahu dibetulkan dan mahu tidakan diambil kepada yang berkenaan sebab itu dana rakyat dan kabinet diamanahkan oleh rakyat. Itulah etika berparti.

Sesudah dipecat, kemudian Shafie  digantung atas cadangan Musa Aman dan sokongan menteri lain dari Sabah. Cadangan gantung tanpa diminta tunjuk sebab seperti biasanya dilakukan dan apakah tindakan itu betul? Rakyat boleh fikir.

Setelah tangan kaki diikat dan mulut disumbat, maka bagaimana Shafie mahu hidup dan bergerak? Maka akhirnya ia tinggalkan parti yang ia sertai dan cukup setia selama 30 tahun, Itu jangka yang paling lama dan kesetiaannya cukup jelas.

Lalu Shafie  umum tinggalkan parti UMNO kerana parti UMNO tidaklah seperti dulu yang perjuangkan rakyat, negara dan bangsa sebalik lebih kepada kepentingan diri, kroni, suku sakat dan sebagainya sedang rakyat tidak dipeduli dan contohnya di Sabah muncul Sabahan termiskin sekali di Malaysia.

Kesan Shafie tidak punya parti, maka shafiepun menubuhkan parti dan sedang dalam proses ROS luluskan LOGO dan Nama parti/sekadar tukar nama dan logo dan partinya memang sudah lulus.

Bila Shafie tubuhkan parti, maka banyaklah yang berkata konon Shafie  mahu jawatan ketua Menteri dan sebelum ini Shafie  sudah jelaskan dia BUKAN GILA JAWATAN KETUA MENTERI dan tidak kemaruk jawatan sebalik yang ia utamakan perjuangan untuk rakyat dan itu satu amanah yang harus dipikulnya sebagai wakil rakyat yang masih diberikan keperayaan.

JAMAWI sebenarnya mantan pegawai Khas  Shafie  sendiri yang banyak dibantu dan banyak mendapat keistimewaan kala duduki kerusi pegawai KHAS Shafie  dulu dan apakah ini tidak benar?

Kenyataannya di Keningau konon Shafie  mahukan kerusi ketua Menteri itu jelas tidak benar, malah satu kenyataan yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan Shafie  sebelum ini yang tidak gila jawatan.

Jelas tuduhan itu tidak benar dan tentunya JAMAWI merasa gerun bila perhimpunan yang Shafie hadiri di Tenom bulan lalu sekitar 15,000 orang hadir dan itu cukup menakutkan BN/UMNO terutama diri Jamawi sendiri.

Bukankah Jamawi di PRU lalu ingin benar merebut kerusi MP Tenom, tetapi ketua menteri memilih MP yang sedia ada untuk bertanding dan ketika itu Jamawi semacam merajuk dan bukankah itu juga ada keinginan untuk duduki kerusi YB? Ini perkara bisa selagi punya cita-cita keinginan kecuali orang gila.

Kalaulah Shafie  mahu ke kerusi Ketua Menteri, lalu apa salahnya? Salahkah setiap individu yang ada kemampuan mahu menjadi pemimpin termasuk

Jamawi sendiri yang mahukan kerusi MP Tenom itu?
Jamawi seorang pemimpin muda yang berpotensi/yang cukup besar untuk naik ke atas dan terbaik kena jaga bahasa dan kena fikir baik-baik untuk melontar kata dan sebaiknya usaha lebih titikberatkan kepentingan rakyat terutama di Tenom yang jauh tertinggal.

Jamawi usahakan kampung-kampung di Tenom yang sampai saat ini masih tidak punya paip air seperti sungai Api, Paal dan yang berdekatan dan jalan yang teruk dan bangsa murut di sana harus dikeluarkan dari kepompong kesusahan yang amat sangat dan itu lebih diutamakan banding memperkatakan soal Shafie  yang terus berusaha dan menyuarakan kepentingan rakyat Sabah.

Kembalilah kepada diri dan pejuangan asal Sabahan dan dengarlah degup jantung keluh desah rakyat sebenarnya banding memperkatakan yang tidak membawa apa-apa demi kebaikan rakyat.

Rakyat memerlukan perjuangan dan pembelaan anak muda seperti Jawawi dan diucapkan selamat maju jaya duhai saudaraku Jawawi.