KIMANIS O KIMANIS


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Wednesday August 31/2016

RM500 ribu memanglah sedikit buat orang kaya yang bergelar jutaan tetapi yang sedikit diperkatakan, sebalik yang berjuta tidak pernah dihebohkan dan inilah namanya politik.

Ada yang sejuta lebih diambil dan didiamkan tidak pula diperkatakan dan sengala bantuan yang berpuluh juta seperti rumah PPRT, Jalan kampung dan sebagainya didiamkan.

Disamping peruntukan diberikan kepada MP memang ada peruntukan disalurkan kepada orang kampung yang datang ke Kuala Lumpur minta kelulusan.

" Ada yang saya luluskan dan kemudian peruntukan dikirim melalui saluran Pegawai Daerah tetapi ada yang dikatakan harus mendapat kelulusan YB/MP berkenaan dan kesan orang kampung tidak sekongkol, maka kelulusan tidak diberi dan yang lain pula melaksanakan dan ini cukup menyedihkan" Kata DS Shafie Apdal.

Sepatutnya sebagai pemimpin tidak perlulah menahan sesuatu kebaikan yang bakal dilaksanakan di suatu kawasan dan pilih bulu itu sebenarnya membantutkan pembangunan.

" Di Selangor apa saja program yang diusul oleh kerajaan BN dan jarang ditolak oleh kerajaan negeri dan demikian juga di pinang, sebalik kenapa pula di daerah sendiri ada yang menolak dengan tujuan agar orang sendiri yang kendalikan?" katanya lagi dan ini cukup mengecewakan sekali.

Kesan masalah-masalah  inilah ada kalanya peruntukan tidak disalurkan ke pegawai daerah tertentu kesan halangan-ha YB tertentu dan ini tidak melibatkan daerah-daerah  lain di Sabah yang rata-rata memberikan kerjasama kecuali projek-projek yang berjuta selalu diperhatikan atasan untuk elak yang bukan kroni mendapatkannya.

Masalah-masalah  seperti yang diperkatakan menjadi hambatan sesuatu projek dilaksanakan di daerah-daerah tertentu tetapi kekadang masalah itu dilontar kepada orang lain sedang kuasa terletak di tangan kerajaan negeri sendiri dan YB-YB yang mewakili rakyat di sesuatu kawasan.

No comments:

Post a Comment