KERJAAN SARAWAK BEKU PERMIT KERJA PETRONAS NEGERI SEBELUM DI GANTIKAN PEKERJA DARI SEMENANJUNG

Tuesday August 09/2016
BY ADMIN (THE SABAH INSIDER ONLINE)
Ia susulan aduan pegawai Petronas negeri membuang pekerja Sarawak sebelum digantikan dengan pekerja Semenanjung.



: KUALA LUMPUR:- Ekoran dakwaan Petronas Sarawak tidak mengutamakan penduduk negeri itu bagi mengisi jawatan kanan, kerajaan Sarawak memutuskan membekukan semua permohonan permit kerja dari luar untuk syarikat minyak negara itu.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata arahan itu dikuat kuasa serta merta bagi memastikan Petronas berlaku adil kepada penduduk negeri itu.
Uggah memberitahu portal The Sabah Insider Online keputusan itu susulan aduan pegawai Petronas berasal Sarawak mengenai tindakan membuang pekerja tempatan sebelum digantikan dengan pekerja dari Semenanjung.
“Kami telah membangkitkan perkara ini kepada Petronas dan mahukan penjelasan. Maklum balas mereka agak positif kerana ia sejajar dengan kedudukan Petronas ketika ini iaitu mengurangkan kos operasinya di seluruh negara dan global disebabkan penurunan keuntungan kerana kejatuhan harga bahan api.
“(Dengan) Pendedahan terbaharu oleh Presiden Suarah Petroluem Group (SPG) kita masih menunggu penjelasan terperinci daripada Petronas. Kita juga akan mendapatkan pengesahan angka (pekerja diberhentikan) daripada SPG,” katanya dipetik akhbar itu.
SPG sebelum ini menyeru Petronas mengutamakan rakyat Sarawak untuk mengisi kekosongan dalam operasinya di negeri itu.
Susulan itu, DAP Sarawak menggesa penarikan balik permit kerja dan permit masuk rakyat bukan Sarawak untuk jawatan pengurusan di Petronas cawangan negeri, dan supaya diwujudkan sistem kuota untuk anak Sarawak.
Gesaan itu dipersoalkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, yang berkata ia akan membantutkan perkembangan kerjaya penduduk Sarawak kerana operasi Petronas di situ hanya meliputi operasi luar pantai dan berpusat di Miri serta kompleks LNG dan loji urea di Bintulu.
Pautan:e

No comments:

Post a Comment