Bongkar: Ketua UMNO songlap RM12Juta pampasan untuk Kampung Chubadak


BY ADMIN
www///sabahinsider14.blogspot.com
Sunday July 24/2016



TIADA kesudahannya ramai pemimpin UMNO terlibat dan terjebak dalam kanca rasuah penyelewengan dana dan pecah amanah tetapi pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) main tutup mata sebelah sebab yang melakukan adalah terdiri dari ahli-ahli UMNO.

SPRM dan PDRM memang tunduk teradap para pemimpin UMNO mereka terang-terang  buat salah tiada satupun diambil tindakan undang-udang terhadap mereka coba kalau ahli-ahli pembangkang yang terlibat jenayah kolor biru/kolor putih sudah tentu di lempar ke lokap.

Menurut Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Chubadak sepertimana yang dilaporkan oleh SelangorKini, pampasan untuk penduduk Kampung Chubadak telah dibayar awal tahun 70an.

Jumlah yang dibayar oleh pemaju ialah RM12Juta untuk kira-kira 1,200 ke 1,400 orang penduduk ketika itu.. jadi seorang akan memperolehi sekitar RM10,000. RM10,000 ketika awal 70an.. besar jumlahnya itu..

Tapi malangnya dah kena tapis oleh Ketua UMNO Cawangan sampai satu sen pun tak sampai ke tangan penduduk yang berhak..

Tapis tu biasalah dalam UMNO ni.. sementara nak sampai kepada golongan yang disasarkan .. dari banyak tinggallah seciput...


Artikel:


 Pampasan dijanjikan syarikat pemaju perumahan bagi pengambilan tanah tapak rumah penduduk Kampung Chubadak tidak diterima penduduk apabila wang berjumlah RM12 juta itu didakwa dilesapkan Ketua Umno Cawangan Chubadak ketika itu.


Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Chubadak, Suliah Mujni, 57, berkata perkara itu disedari apabila beliau dan ahli Umno cawangan itu mengambil keputusan menggulingkan Ketua cawangan itu sekitar awal tahun 1970an.

Chubadak“Kami meragui tindakan beliau yang tidak mengambil kira kepentingan penduduk dalam isu pengambilalihan tanah oleh pemaju.

“Apabila beliau digulingkan, kami masuk ke pejabat Umno di Dewan Kampung Chubadak dan apabila diselongkar kami menemui surat dari pemaju mengenai bayaran pampasan sebanyak RM12 juta kepada penduduk, sedangkan kami tidak pernah menerima apa-apa pampasan pun.

“Kalau wang RM12 juta itu dibahagi-bahagikan kepada antara 1,200 hingga 1,400 keluarga seperti mana bancian dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada masa itu, bermakna setiap keluarga atau rumah di situ menerima kira-kira RM10,000,” kata Suliah ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Jelas Suliah, surat itu ditemui kerana penggulingan itu dibuat secara mengejut sehingga Ketua Umno terlibat tidak sempat ‘menyelamatkan’ dokumen penting di dalam pejabat Umno Cawangan Kampung Chubadak.

Manakala Ketua Kampung Chubadak yang satu kumpulan dengan Ketua Umno terlibat pula sebelum isu pengambilan tanah oleh pemaju timbul bertindak mengenakan bayaran kepada penduduk kampung yang mahu mendapatkan geran tanah masing-masing.

“Pada masa itu RM2,000 memang sangat besar, manalah kami mampu nak bayar. Sebenarnya generasi dahulu beritahu sebenarnya sebelum ini geran memang ada tetapi bila datang pelombong Belanda mulakan kerja melombong, geran diserahkan kepada orang Belanda.

“Apabila operasi melombong dihentikan, ada yang dapat semula geran mereka dan ada juga yang buat tak kisah. Orang dulu-dulu masa itu pula memang tak berapa mengambil berat pasal geran tanah,” kata Suliah lagi


No comments:

Post a Comment