WONG MP SANDAKAN BERBUKA PUASA BERSAMA AHLI JAWATANKUASA MASJID DAN PENDUDUK KG CAHAYA BARU


Saturday June 18/2016

ALBUM KENANGAN.... Kelihatan Wong menjamu selera bersama-sama ahli jawatankuasa Masjid dan penduduk Kampung Cahaya baru.



OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Kedatangan rombongan ahli-ahli DAP Sandakan yang diketuai oleh Pengerusi DAP Negeri merangkap Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt ke Kampung  Cahaya Baru malam tadi sambil berbuka puasa bersama  para penduduk khususnya  dengan  Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid kelihatan begitu mesra sekali.


Kedatangan Wong bersama rombongannya ke kampung Cahaya Baru disambut oleh penduduk-penduduk dengan penuh hormatnya walaupun Ahli Parlimen Sandakan adalah dipihak pembangkang akan tetapi  kesanggupan dan rasa tanggungjawab untuk mendekati rakyat paling diutamakan.

Terdahulu dalam ucapan ringkas Wong antara lain menyatakan sebagai ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat beliau sentiasa peka apa juga masalah penduduk akan diambil tindakan dan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu yang selebihnya akan dibantu mengikut dasar kemampuan.


Sambil itu Wong coba menangkis segala dakwaannya kononnya DAP anti Islam anti orang Melayu itu adalah tidak benar mereka sengaja untuk memutarbelitkan perjuangan DAP yang sebenarnya membantu semua golongan rakyat di Negara ini tidak kira bangsa,agama dan warna kulit.






No comments:

Post a Comment