TASK FORCE DAP BUAT KERJA-KERJA PENEBANGAN POKOK-POKOK KAYU DI TAMAN HING LEE

Friday June 17/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www: sabahinsider14.blogspot .com

SANDAKAN:- Aduan demi aduan yang diajukan oleh penduduk-penduduk Taman Hing Lee KM 7.6 Jalan Utara kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) berhubung dengan pokok-pokok kayu berdekatan dengan kawasan perumahan taman itu yang boleh membayakan kepada penduduk sekiranya pokok itu tumbang atau rebah langsung tidak perdulikan oleh pihak MPS.

Pejabat Ahli Parlimen Sandakan (DAP) yang banyak menerima aduan mengenai perkara pokok berhampiran dengan kawasan perumahan itu atas arahan Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt beberapa Task Force DAP Sandakan telah membuat kerja-kerja penebangan pokok-pokok kayu berkenaan demi menyalamatkan nyawa penduduk setempat jika berlakunya angin kencang pokok-pokok yang dimaksudkan bila-bila masa saja boleh tumbang dan menghempap rumah-rumah yang berdekatan.

“Kami sudah beberapa kali buat aduan dengan MPS mengenai pokok-pokok kayu itu tetapi sehingga kehari ini tiada sebarang tindakan diambil mujurlah MP Sandakan begitu prihatin dan menghantar beberapa orang Task Force DAP untuk melakukan kerja-kerja penebangan pokok-pokok berkenaan” kata seorang penduduk Taman Hing Lee yang enggan namanya disebut.


No comments:

Post a Comment