TAHNIAH DAN SYABAS......MASJID NURUSSYAKIRIN TAMAN INDAH JAYA MEMELIKI VAN JENAZAH UMW TOYOTA


Wednesday June 22/2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI




SANDAKAN:- Berkat usaha murni  yang telah diusahakan dengan gigih bersungguh-sungguh oleh semua Jemaah  masjid dan para dermawan unt mengisi tabung masjid akhirnya impian untuk membeli Van Jenazah tercapai juga.

Timbalan Pengerusi Masjid Nurussyakirin Taman Indah Jaya  Tuan Haji Utu Amat dalam satu kenyataanya berkata kini Masjid Nurussyakirin telah mempunyai satu kemudahan  iaitu telah memiliki sebuah Van Jenazah  sebagai kemudahan orang-orang Islam khususnya penduduk setempat untuk menghantar jenazah ke Tanah Kuburan Islam.

Haji Utu bagi pihak jawantakuasa Masjid tersebut melahirkan rasa syukurnya kehadrad Illahi atas kesungguhan para Jemaah masjid dan para dermawan kerana hasil dari kupitan derma yang mencukupi akhirnya Masjid Nurrusyakirin kini memiliki sendiri Van Jenazah  Jenis UMW Totoya.


Sambil itu Hj Utu bagi pihak masjid berkenaan sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan semoga Allah akan memberikan ganjaran dan pahala yang berlipat ganda kepada anda kalian….Amin

No comments:

Post a Comment