SALLEH SAID BURUNG KERUAK MENTERI PENGAMPU YANG TIADA INTEGRITI DAN MENTERI PALING BODOH



Saturday June 25/2016


KENYATAAN MEDIA FAHMI  FADZIL (PKR)


OLEH: ADMIN
www:sabahinsider14.blogspot,com



KEADILAN mendapati berita bertajuk "Wan Azizah mencabar Tun Mahathir  bertanding dalam PRU" dalam akhbar Berita Harian memutarbelitkan makna asal kenyataan yang dibuat Presiden KEADILAN, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, apabila diminta komen mengenai satu kenyataan yang dibuat DSP Salleh Said Keruak dalam blog beliau.
  
BODOH...Menteri paling Bodoh Salleh Burung Keruak selar Fahmi.


Apabila menjawab pertanyaan wartawan Berita Harian, DS Dr Wan Azizah tidak membuat sebarang cabaran kepada Tun Dr Mahathir untuk bertanding dalam pilihanraya, tetapi beliau hanya membetulkan kenyataan DSP Salleh bahawa seorang Ketua Pembangkang Parlimen bukanlah boleh dilantik sewenang-wenangnya tetapi mestilah dari kalangan Ahli-Ahli Parlimen yang sedia ada.

Sebenarnya, tindakan Berita Harian memutarbelit kenyataan DS Dr Wan Azizah ini hanya memalukan DSP Salleh, kerana ianya menimbulkan persepsi bahawa DSP Salleh tidak tahu atau tidak faham prosedur lantikan seorang Ketua Pembangkang Parlimen.

Sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, agak memeranjatkan dan memalukan jika beliau tidak memahami prosedur tersebut, maka saya hanya boleh menggesa pegawai-pegawai beliau agar menasihati beliau mengenai perkara teknikal seperti ini sebelum mengeluarkan beliau kenyataan di masa hadapan. Jangan hanya kerana mahu "pukul curi" dan mengadu domba di kalangan pihak pembangkang hingga fakta dan prosedur tidak dijadikan asas.

Pada masa yang sama, saya kesali tindakan Berita Harian memutarbelitkan isu ini. Media sepatutnya memainkan peranan "semak dan imbang" serta mengesahkan atau memperbetul berita, dan bukannya membuat kesimpulan lebih dari fakta yang ada.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN


No comments:

Post a Comment