RESEPI IKAN MASAK CUKA ....SITI AMINAH ABDULLAH

Sunday June 26/2016

KIRIMAN DARI: SITI AMINAH ABDULLAH
www: sabahinsider14.blogspot.com

IKAN MASAK CUKA

Bahan-bahan:
3 keping ikan tongkol @ boleh guna ikan tenggiri/kembung/kedera/haruan/gelama
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
2 ulas bawang putih ~ dihiris [Siti suka sebijik-sebijik]
1" atau 2" halia ~ dihiris
2 biji cili merah ~ dihiris serong
5 - 7 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
400ml air
3 sudu besar cuka
1/2 batang lobak merah ~ dipotong
1/2 batang timun ~ dipotong (buang bahagian empulur)
garam dan gula secukup rasa
.
Cara:

Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.

Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.

Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.
Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi.
Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) dan masukkan timun.

Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.


No comments:

Post a Comment