PROGRAM JELAJAH RAMADAN DiTERUSKAN MP SANDAKAN BERSAMA ROMBONGAN BERBUKA PUASA DI KG TABAH BARU KAWASAN BATU SAPI




Friday July  01/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www:sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Program Jelajah Ramadan Al-Mubarak anjuran Pejabat Parlimen Sandakan (DAP) tetap diteruskan hingga dipenghujungnya yang banyak membawa menfaat kepada rakyat setempat.
Antara progam Jelajah Ramadan ini selain  berbuka puasa bersama-sama umat Islam sambil  itu mengagih-agihkan wang raya  kepada golongan warga emas-ibu-ibu tunggal dan anak-anak  kepada orang-orang kurang berada untuk menyambut hari lebaran yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt bersama ahli Jawatankuasa DAP Sandakan Frankie Poon dan Bryan Chang Shak Hung telah mengorak langkah jauh sedikit perjalanan mereka semata-mata untuk menjayakan program Jelajah Ramadan  di mana kelmarin petang  mereka sampai juga  ke Kampung Tabah Baru Batu Sapi untuk menghadiri majlis Berbuka Puasa bersama-sama masyarakat  dikampung tersebut yang dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Sandakan.
Dalam ucapan alu-aluan Wong sekali lagi menjelaskan bahawa DAP tidak anti Islam dan anti orang Melayu perjuangan DAP adalah untuk membela nasib rakyat yang berbilang kaum di Negara ini yang  tertindas dan  perjuangan DAP  tidak mengira  warna kulit atau bangsa dan anutan agama yang berbeza.

“Kita rakyat di  Sabah memang beruntung walaupun mempunyai 32 suku kaum berbilang bangsa berlainan budaya dan perbezaan pegangan agama tetapi kita boleh duduk semeja dengan bangsa-bansa lain seperti Kadazan Melayu Cina dan India dalam hidup harmoni aman dan damai. 
“Tidak macam di Semananjung terdapat segelintir orang-orang Islam memang anti dengan DAP  sehingga  Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman tergamak menyelar orang-orang Melayu Islam yang  bersekongkol dengan DAP  mereka telah dicap sebagai kafir harbi dan haram”kata Wong dengan panjang lebarnya.
Wong berkata Syabas kepada Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Khalid Abu Bakar kerana telah mengambil tindakan terhadap Mufti Pahang dan membuka kertas siasatan yang boleh disabit kesalahan di bawah undang-undang Seksyen 4(1)Akta Hasutan 1948.








F

No comments:

Post a Comment