POLIS SEGERA CARI PEMBUNUH BILL KAYONG


Wednesday June 22/2016

MANGSA ARWAH......Bill Kayong tiada  musuh pernah dia menerima ugutan melalui panggilan tellefon
KUCHING: Persatuan Dayak Sarawak (Pedas) terkejut dengan pembunuhan setiausahanya, Bill Kayong pagi tadi dan mahu polis segera mencari pelakunya.
Presiden Pedas Kapten Collin Imran Abdullah berkata Bill merupakan seorang yang cepat mesra serta komited dalam menjalankan aktiviti sosial bagi masyarakat Dayak.
“Sepanjang mengenali mangsa (Bill), dia tak ada memusuhi sesiapa pun,” katanya.
Bagaimanapun, Collin berkata tahun lepas Bill pernah memberitahu mengenai panggilan telefon yang diterimanya supaya jangan mencampuri urusan berkaitan isu tanah.
“Dia memberitahu saya, tak tahu sama ada panggilan itu berbentuk ugutan atau sebaliknya sebab dia tidak suka membesarkan perkara remeh,” katanya.
http://avn.innity.com/rt/?cb=1465471254&a=2320&e=8760
Beliau berkata Pedas akan cuba membantu kebajikan keluarga Bill termasuk soal upacara pengebumian.
“Mangsa ialah seorang mualaf dan kita sekarang akan berbincang dengan ahli keluarganya untuk memudahkan upacara pengebumian dijalankan,” katanya.
Bill, 43, yang juga merupakan setiausaha PKR Cawangan Miri ditembak mati kira-kira 8.30 pagi tadi ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat di Lutong.
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan mangsa sebagai seorang yang amat lantang dalam memperjuangkan isu tanah penduduk.
Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee yang turut mengucapkan takziah berkata mangsa pernah membantu PAS dalam PRU13 di kawasan Parlimen Sibuti. POSTED BY BERNAMA



No comments:

Post a Comment