POLIS AKAN DAKWA MUFTI PAHANG KENYATAAN ISLAM KAFIR HARBI DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948

Friday July 01/2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.b;ogspot.com

SANDAKAN:- Seorang Aktivis Sosial Masyarakat yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Portal Online The Sabah Insider.Net Dato Seri Paduka Kemellia Hassan hari ini memuji tindakan drastic pihak Polis khususnya Ketua Polis Negara Tan Seri Khalid Abu Bakar kerana begitu mengambil perhatian mengenai kenyataan Mufti Pahang yang berunsur hasutan.

Katanya pihak Polis akan membuka kertas siasatan terhadap Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman yang menyelar orang Islam yang bersekongkol dengan DAP dicap sebagai kafir harbi dan haram yang boleh mencetuskan dan menimbulkan kemarahan bukan saja kepada bukan beragama Islam tetapi orang-orang Islam sendiri turut murkah atas tingkah laku dan perbuatan melampau itu.

Menurut polis kata Kemellia kenyataan Mufti Pahan Abdul Rahman yang berunsur hasutan itu boleh dikenakan hukuman dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“Syabas dan takniah pihak PDRM dan juga Ketua Polis Negara kerana mengambil serius tentang kenyataan Mufti Pahang itu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di Negara ini atas kenyataannya yang tidak sepatutnya dilafaskan dengan mengikut perasaan tanpa memikirkan implikasi dan kesan buruk terhadap dirinya sendiri.” Kaatanya.

Kata Kemellia kalau Abd Rahman marah orang-orang Melayu Islam bersekongkol dengan DAP tetapi jangan sampai mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan seperti Kafir Harbi dan Haram.

“Dalam mana-mana hadis dalam kitab Suci Alquran tiadapun menyebut kalau orang Islam menyokong Parti yang dipimpin bukan Islam seperti DAP parti Cina hukuman haram atau nereka jadi kafir harbi seperti yang telah dinyartakan oleh Mufti Pahang.

“Politik-politik juga jangan di campur adukan dengan agama sayang sekali Abdul Rahman yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam rukun-rukun Islam yang secukupinya sehingga beliau (Abdul Rahman) telah menjawat jawatan Muti Negeri Pahang tetapi berkelakuan sangat biadap di mana kah letaknya maruah sebagai orang yang bergelar alim ulamak itu” tambah Kemellia.

Berikut kenyataan penuh Ketua Polis Negara berhubung kait dengan tindakan Mufti Pahang

Kenyataan Mufti Pahang: Polis buka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan
Bernama | Jun 30, 2016 07:32 MYT

Pihaknya menerima laporan polis masing-masing satu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berhubung kenyataan Mufti Pahang itu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkaitan istilah 'kafir harbi'.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima laporan polis masing-masing satu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berhubung kenyataan Mufti Pahang itu.

"Biar polis jalankan siasatan dahulu dan henti beri ulasan berkenaan kenyataan Mufti Pahang.

"Apabila siasatan selesai, kita akan rujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Topi Keledar kepada anggota trafik di sini, pada Rabu.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Mahamad Akhir Darus dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Seri Shazalli Ramly.

Dalam perkembangan lain, Khalid mengesahkan polis mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berhubung kenyataannya yang didakwa menyamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin diktator Uganda Idi Amin.

"Ini merupakan kes kelapan yang kita siasat terhadap Dr Mahathir. Ini adalah tanggungjawab kami untuk jalankan siasatan," katanya.
Proses yang dijalankan polis Bukit Aman itu berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8, Putrajaya.
BERNAMA



No comments:

Post a Comment