PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB AHLI PARLIMEN SANDAKAN DI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK

Friday June 17/2016


DARI SUDUT MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

TUMPUAN utama  untuk mengagih-agihkan  buah kurma kepada orang awam khususmua umat yang sedang menjalankan permiagaan mahupun pengunjung yang diusahakan oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt telah berjalan dengan baik.


Sudah menjadi tanggungjawab dan kewajiban wakil rakyat untuk menjaga kabajikan semua kaum yang ada di kawasan P186 tidak kira Muslim,Kristian, Buddha dan Hindu semuanya dibuat sama rata adil dan saksama.

Ahli Parlimen Sandakan memang tidak lupa bila menjelangnya bulan Ramadan Al Mubarak pastinya pihak DAP  sebilangan umat Islam mendapat hadiah kurma daripada Wong sebagai tanda kusyukuran  dan terima kasih kepada masyarakat Islam di daerah ini yang telah mengundinya semasa PRU 13  lalu.

Selain Wong mengagih-agihkan buah kurma beliau juga serta rombongan yang terdiri daripada ahli-ahli DAP telah berkesempatan berkunjung atau bertandang kerumah para penyokongnya yang beragama Islam untuk bersama-sama berbuka  puasa di beberapa buah kampung.


Kedatangan mereka amat dialu-alukan walaupun mereka atau ahli parlimen Sandakan di pihak parti pembangkang namun peranannya sama juga wakil-wakil rakyat BN Wong sentiasa peka mendengar keluhan rakyat lantas memcari jalan alternative untuk mengatasi masalah yang mereka sedang dan telah hadapati.


Sudah tiga tahun berturut-turah MP Sandakan tidak pernah ketinggalan membahagi-bagikan buah kurmah kepada Umat  Islam yang berbuasa di bulan Ramadah ini.

No comments:

Post a Comment